CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8473|Reply: 0

[Perlis] Kerajaan Perlis bagi 'bonus' setengah bulan gaji

[Copy link]
Post time 12-12-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Shukri (kanan) ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Perlis ketika Mesyuarat Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis. FOTO Aizat Sharif

Kangar: Semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Perlis akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, langkah berkenaan adalah sebagai menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam yang sudah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

"Kerajaan negeri bersetuju untuk memberi BKK setengah bulan gaji tertakluk kepada minimum RM2,000 kepada semua penjawat awam.

"Bayaran ini akan dibuat pada akhir Februari tahun depan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Negeri Perlis ketika Mesyuarat Keempat Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 di Kompleks DUN Perlis, di sini, tadi.



Katanya, dalam masa yang sama juga, kerajaan negeri sentiasa cakna dan prihatin terhadap kebajikan dan motivasi semua penjawat awam yang berkhidmat do negeri itu termasuk pegawai lantikan secara kontrak.

"Oleh hal demikian, mulai tahun hadapan, kerajaan negeri bersetuju untuk menambahbaik kemudahan kepada pegawai lantikan secara kontrak seperti cuti bersalin, cuti isteri bersalin, cuti kuarantin dan cuti hospitalisasi .

"Pelaksanaan inisiatif ini akan memberi manfaat kepada seramai 154 orang pegawai lantikan kontrak," katanya.

Beliau turut mengumumkan bahawa sebagai menghargai jasa dan sumbangan pegawai lantikan kontrak di bawah kerajaan negeri, tawaran kadar gaji baharu akan dilaksanakan mulai tahun hadapan.

Terdahulu, beliau mengumumkan bahawa Belanjawan Tahun 2024 Negeri Perlis memperuntukkan sejumlah RM293.92 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan dan ia adalah belanjawan terbesar yang pernah dibentangkan oleh kerajaan negeri itu.

Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM184.64 juta atau 62.82 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus manakala RM109.27 juta atau 37.18 peratus diperuntukkan di bawah perbelanjaan mengurus.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... setengah-bulan-gaji

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069132 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list