CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20685|Reply: 0

[Sarawak] Maxis pelawa orang ramai sertai kempen kitar semula e-sisa

[Copy link]
Post time 12-12-2023 02:25 AM | Show all posts |Read mode


Patrick Er berharap ramai orang menyertai kempen kitar semula e-sisa bagi membendung aktiviti pembuangan yang tidak bertanggungjawab di tapak pelupusan sampah.
KUCHING: Maxis Berhad (Maxis) mempelawa orang ramai menjadi sebahagian daripada kempen kitar semula sisa elektronik atau e-sisa bagi membendung aktiviti pembuangan yang tidak bertanggungjawab di tapak pelupusan sampah.

Maxis dalam kenyataan berkata, e-sisa terdiri daripada barangan teknologi yang rosak atau tidak diingini yang mengandungi komponen toksik yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar atau menimbulkan risiko kesihatan.

Sehubungan itu katanya, Maxis bekerjasama dengan E-waste Recycling Through Heroes (ERTH), sebuah pusat pengumpulan e-sisa perusahaan sosial yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar  melaksanakan kempen kitar semula e-sisa.

Kempen ini mempromosikan dan menggalakkan pengitaran semula e-sisa dengan menyediakan perkhidmatan kutipan yang mudah dari premis pilihan pengguna di Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang.


Pusat pengumpulan e-sisa.

Dalam kempen ini, pengguna hanya perlu meminta untuk kutipan e-sisa di laman web Maxis, menyenaraikan barangan mereka untuk dikitar semula dan menyediakan barangan tersebut untuk pungutan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Persatuan penduduk dan pengurusan bangunan juga boleh bekerjasama dengan ERTH untuk menganjurkan sesi kutipan e-sisa di kawasan kejiranan atau kawasan komersial mereka.

Sejak pelancaran kempen ini pada 14 Oktober sempena Hari E-Sisa Antarabangsa, Maxis dan ERTH telah mengumpul lebih daripada 2,000 barang e-sisa dan mengelakkan lebih lima tan e-sisa daripada terkumpul di tapak pelupusan sampah.

Kerjasama antara Maxis dan ERTH juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, memenangi Anugerah Video Kecemerlangan dalam Kelestarian di GSMA M360 Asia-Pasifik beberapa bulan sebelum ini.

Ketua Pegawai Jualan dan Perkhidmatan Maxis Patrick Er berkata beliau berbesar hati melihat sambutan orang ramai terhadap kempen kitar semula ini yang telah dibina atas kejayaan kempen dalaman syarikat Maxis tahun ini.

“Kami bermula secara kecil-kecilan tetapi telah melihat momentum yang menggalakkan.

“Dalam jangka masa panjang, kami berharap untuk mengembangkan perkhidmatan ini ke negeri lain untuk mewujudkan kesedaran yang lebih besar tentang kitar semula e-sisa dan merekrut lebih ramai orang untuk menyertai kami dalam usaha ini,” katanya.

Sementara itu Pengasas ERTH Mohamed Tarek El-Fatatry berkata, walaupun e-sisa mewakili hanya peratusan kecil sisa isi rumah, ia menyumbang 70 peratus daripada pencemaran logam berat toksik dalam alam sekitar dan menghasilkan bahaya kesihatan sama seperti kesan plastik.

“Dengan merintis projek ini bersama Maxis, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang di seluruh Malaysia untuk mengamalkan pengitaran semula e-sisa dan membuat perubahan positif untuk alam sekitar,” katanya.

Pengguna yang menyertai program ini boleh menikmati kutipan e-sisa percuma untuk sekurang-kurangnya tiga peranti elektronik atau elektrik terpakai.
Untuk maklumat lanjut, layari www.maxis.com.my/ewaste/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.060291 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list