CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 19195|Reply: 67

[Tempatan] Rumah Berharga RM200,000 Ke Atas Tidak Laku Di Perak, kondominium atau apartmen penyumbang tertinggi rumah tidak terjual

  [Copy link]
Post time 12-12-2023 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sebelum ini, sudah dilaporkan peningkatan jumlah rumah tidak laku di Malaysia kerana harganya yang terlalu tinggi. Ramai individu merasa terbeban untuk memiliki kediaman masing-masing lantas lebih selesa untuk menyewa pada ketika ini.


Terkini, sebanyak 2,312 unit hartanah perumahan yang majoritinya perumahan yang dijual dengan harga dalam lingkungan RM200,000 ke atas tidak terjual setakat tahun 2022, demikian Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa (Exco) Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching (PH- Teja), berkata ia berdasarkan data daripada Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) dengan rumah jenis kondominium atau apartmen penyumbang tertinggi rumah tidak terjual di Perak.

Katanya, dua jenis rumah itu mencatatkan sebanyak 1,203 unit atau 52.03 peratus dengan daerah Kinta mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,065, diikuti Manjung (498), dan Kampar (328) manakala daerah yang mencatat jumlah terendah perumahan tidak terjual adalah Bagan Datuk (9).

“Data menunjukkan rumah yang tidak terjual adalah dengan harga di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan pembeli di dalam lokaliti projek terbabit.

“Bagaimanapun dari tahun 2018 sehingga tahun 2022, berlaku penurunan yang konsisten perumahan yang tidak terjual.

“Berdasarkan data NAPIC ini, ia menunjukkan rakyat Perak lebih cenderung membeli rumah kategori kos rendah iaitu berharga di bawah RM100,000,” katanya menjawab soalan lisan Chaw Kam Foon (PH- Menglembu) dalam persidangan DUN Perak, di sini.

Sementara itu, Sandrea berkata, antara langkah bagi mengatasi masalah rumah tidak terjual di negeri ini ialah dengan pelaksanaan Dasar Perumahan Negeri Perak.

Ujar selanjutnya, bagi pembangunan yang melibatkan keluasan tanah melebihi lapan hektar, pemaju diwajibkan untuk membina 40 peratus pembangunan rumah mampu milik yang merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II dan Rumah Perakku III.

Pihak Pemaju dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran dan permintaan berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan sebarang projek.

Tambah Sandrea, bagi tahun 2023 sebanyak 356 rumah mampu milik disiapkan dan sebanyak 1,929 unit rumah kategori itu siap dibina di Perak pada tahun depan.

SUMBER
harian metro
sinar harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 05:57 AM | Show all posts
rumah low class 200k tu
org tak hingin beli

apa kata buat rumah 500k ke atas banyak2
ker rm1 juta ke atas ker

mungkin laku lepas tu, nampak high class sket
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:01 AM | Show all posts
kat perak banyak tanah, tapi pemaju bodo dgn kerajaan negeri bengap g luluskan juga pembinaan apartment..


orang mana mau beli apartment kalau harga beratus ribu tu ko boleh dapat rumah atas tanah...

tengok projek bodo2 pr1ma pun buat apartment, penyudahnya tak laku takde orang nak beli
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:30 AM | Show all posts
Kalau kat Lembah Klang ni habis ditarah bukit sampai rata buat rumah landed harga RM500-750K saiz muat2 sebiji kereta dalam porch. Jalan keluar masih sama tak dilebarkan sudahnya jem teruk dengan pakej driver giler tak sabar atas jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:48 AM | Show all posts
n3ar replied at 12-12-2023 09:01 AM
kat perak banyak tanah, tapi pemaju bodo dgn kerajaan negeri bengap g luluskan juga pembinaan apartm ...

ini betul... bodoh yakmat pi buat condo bnyk2 kat ipoh..kat sini harga 200k-300k boleh lagi dapat atas tanah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Harga rumah melampau mahal tak padan dgn size dan location.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 12-12-2023 09:01 AM
kat perak banyak tanah, tapi pemaju bodo dgn kerajaan negeri bengap g luluskan juga pembinaan apartm ...

Developer nak untong lebihhhh... bangang sgt tanah seluas merata kat perak tp sibuk nak buat rumah burung
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 12-12-2023 09:01 AM
kat perak banyak tanah, tapi pemaju bodo dgn kerajaan negeri bengap g luluskan juga pembinaan apartm ...

Betul tu...kalo luar klang valley, x berbaloi la beli high rise...better beli landed
Pejadah duk luar klang valley pun nk high rise bagai..baik takyah beli umah tinggi2...menyusahkan je
Kalo dlm klang valley tu aku paham la jugak
Sbb lack of available land kat high density populated area
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Rumah prima ke apa kat Ipoh tu dekat dgn rumah.ipar iols
Alahai
Malam.malam.ipls suka tengok rumah mana bukak lampu
Hahaha
Senduuuu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:31 PM | Show all posts
shernazz replied at 12-12-2023 11:57 AM
Rumah prima ke apa kat Ipoh tu dekat dgn rumah.ipar iols
Alahai
Malam.malam.ipls suka tengok rumah m ...

Rumah prima kat meru tu sold out sistur yg tak baper laku rumah prima perak kat belah kepayang dgn Falim yg sendu pasal dekat dgn bandor.


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:34 PM | Show all posts
akceli bukan ipoh je seremban, melaka dll bandar kecik mmg high rise tak laku.

sebenarnya pemaju nk jimat pada kos development charge dan kos utk pecah lot tanah. isu strata je.

utk high rise ni elok cari lembah klang je.

lagi satu pasal gaji dan pendapatan meraka yg tinggal di bandar lain mcm org melayu ni mmg megaharapkan ummah gomen je.

Ummah swasat gaji kaput sgt sbb tu la rumah byk tak laku. Tapi ummah keje swasta rasa diorg paling byk bayar cukai.

realitinya hahahaha loan byk sangkut sbb tu rumah 200k pun byk tak terjual.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 12:38 PM | Show all posts
n3ar replied at 12-12-2023 01:01 AM
kat perak banyak tanah, tapi pemaju bodo dgn kerajaan negeri bengap g luluskan juga pembinaan apartm ...

Perak ni apa bende buat pun gagal.
taman tema pun gagal
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Perak ok dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sape2 tahu x apa solution utk org yg beli tp xde org nk sewa, nak jual tp xde org nk beli..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
NurAlia14 replied at 12-12-2023 01:46 PM
Ada sape2 tahu x apa solution utk org yg beli tp xde org nk sewa, nak jual tp xde org nk beli..

Dah try buat airbnb?

Tak pun pakai agent suruh carikkan penyewa atau pembeli. Kalau agent yang bagus, memang cepat boleh dapat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:33 PM | Show all posts
Pihak Pemaju dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam menyusun strategi dan melaksanakan kajian pasaran dan permintaan berdasarkan lokaliti setempat sebelum memulakan sebarang projek.


Orang tamak selalunya rugi.
Bila takleh juai, merayu kat federal.
Pastu bagi idea kat bank, tolong turunkan kadar faedah supaya orang boleh beli produk kau.

Sendiri buat taik, orang lain plak nak tolong cuci.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
pasa replied at 12-12-2023 12:31 PM
Rumah prima kat meru tu sold out sistur yg tak baper laku rumah prima perak kat belah kepayang dgn ...

Haah yang farlim tu Kots
Ipar iols dok kat Kuala Pari
Dari rumah dia nampak la rumah tinggi tu..
Wahaha...

Meru tu dekat dgn sungai sayong tu kann...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:52 PM | Show all posts
shernazz replied at 12-12-2023 03:57 AM
Rumah prima ke apa kat Ipoh tu dekat dgn rumah.ipar iols
Alahai
Malam.malam.ipls suka tengok rumah m ...

ada yang xde langsir tak ?
kadang diorang ni ingat duduk tempat tinggi
takde yg nak skodeng
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 12-12-2023 02:52 PM
ada yang xde langsir tak ?
kadang diorang ni ingat duduk tempat tinggi
takde yg nak skodeng

Ada juga..maybe langsir tu diselak ke hujung kot..
Haha
Eh..dulu iols dok rumah tinggi juga begitu..
2 3 Hari juga iols takde langsir...hahaha...
Bukan apa..rushing..keje pung pergi Bulan balik Bulan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
bila kau nk untung je mcm gini lah
last2 biar hantu yg duduk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071668 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list