CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12019|Reply: 0

[Sarawak] Kapasiti latihan TVET perlu ditingkatkan

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:34 PM | Show all posts |Read mode
  • Kerajaan Sarawak akan melengkapkan usaha kerajaan persekutuan dalam latihan teknikal dan vokasional menerusi MEITD



Peserta dan pemenang Worldskills Malaysia Sarawak 2023 merakam gambar bersama Sagah serta yang lain. - Gambar Roystein Emmor

Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melengkapkan usaha kerajaan persekutuan dalam latihan teknikal dan vokasional menerusi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata MEITD telah ditugaskan untuk bekerjasama dengan agensi lain dalam menerajui latihan teknikal di negeri ini.

Katanya, kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 2014 telah menganggarkan bahawa menjelang 2030, lebih daripada satu juta pekerjaan baharu akan diwujudkan di mana lebih daripada 50 peratus atau lebih daripada 600,000 adalah  pekerjaan mahir dan separuh mahir.

"Sekarang, anda boleh lihat mengapa kita sangat bersemangat tentang TVET. Kini kita mempunyai 104 institusi TVET awam dan swasta di negeri ini dengan jumlah kapasiti kira-kira 30,000 pelatih.  

"Institusi ini bersama-sama menghasilkan keluaran tahunan kira-kira 11,000 pemegang sijil dalam bidang  yang berbeza.

"Pada kadar semasa kita hanya akan dapat melahirkan 500,000 pekerja mahir menjelang 2030, jadi kita perlu meningkatkan kapasiti latihan kita dengan ketara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada Majlis Penutupan Worldskills Malaysia Sarawak (WMS) 2023 di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) di sini hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri MEITD Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

Ujar Abang Johari lagi, Sarawak akan memerlukan peningkatan tiga kali ganda dalam enrolmen TVET untuk memenuhi keperluan negeri dan negara.

"Saya telah memahami bahawa melalui inisiatif yang dilakukan oleh MEITD, Kerajaan Sarawak sedang mewujudkan lebih banyak pusat latihan teknikal.

"Pada masa yang sama, kita memperkemaskan kualiti program dan kursus sedia ada untuk memenuhi keperluan industri dalam pelbagai bidang," ujarnya.

Mengenai WMS, Abang Johari berkata Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang menganjurkan pertandingan kemahiran yang disokong kuat oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Sarawak.

Tujuannya, untuk mengiktiraf belia berkemahiran tinggi dan meningkatkan kemahiran pelatih daripada institusi TVET awam dan swasta di Sarawak.

"Salah satu aspek utama pertandingan Worldskills Malaysia Sarawak ialah meningkatkan keterlihatan dan menonjolkan kepentingan pendidikan profesional sebagai alat transformasi sosioekonomi.

"Acara ini juga memberi peluang kepada pemimpin dalam industri, kerajaan dan pendidikan untuk bertukar maklumat dan amalan terbaik dalam teknologi industri kontemporari dan pendidikan profesional," katanya.

Abang Johari turut gembira mendengar bahawa belia Sarawak telah memenangi anugerah prestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam pertandingan Worldskills.

Ini sekali gus katanya, membuktikan bahawa pendidikan TVET Sarawak adalah pilihan yang terbaik.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068953 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list