CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10296|Reply: 0

[Sarawak] 1,500 orang bakal hadiri Sembahyang Krismas Gabungan Sarawak 2023

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:30 PM | Show all posts |Read mode


Harry (tiga kiri) dan Fr. Galvin (lima kanan) bersama Ambrose (empat kiri) dan ahli jawatankuasa Sarawak Joint Christmas Service 2023 memegang kain rentang untuk merakam gambar berkumpulan hari ini.

KUCHING: Dianggarkan seramai 1,500 orang bakal menghadiri Sembahyang Krismas Gabungan 2023 anjuran Persatuan Gereja-gereja di Sarawak (ACS) dengan kerjasama Borneo Evangelical Mission (BEM) pada 14 Disember ini.

Menurut Setiausaha Agung ACS Ambrose Linang, acara itu akan diadakan di Pusat Ibadah Ekumenikal Kristian, Jalan Stampin tepat jam 7.30 malam bertemakan 'Yesus, Yang Dijanjikan' (Matius 1:1-8).

"BEM menjadi tuan rumah kepada acara yang akan diadakan tahun ini. Justeru kita merayu kepada semua penganut Kristian di dalam dan sekitar kawasan bandar raya Kuching untuk turut serta," katanya pada sidang media itu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Harry Pudun dan Setiausahanya Ronny Kee Leong dan wakil daripada Gereja Katolik Kuching Fr. Galvin Ngumbang.

Antara aktiviti yang bakal diadakan termasuk bacaan kitab suci dalam bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Salako dan Iban.

Selain doa perdamaian, doa untuk keamanan dalam negara dan dunia, doa bagi pemimpin dan raja, doa bagi mereka yang miskin, melarat, pelarian dan pendatang serta doa untuk perpaduan dalam kalangan umat Kristian.

Gabungan pujian dan penyembahan akan diketuai oleh Steve Harold kerana ACS sentiasa berusaha untuk mengeratkan silaturahim dan persaudaraan dalam kalangan seluruh rakyat Sarawak melalui pelbagai aktiviti di semua bahagian.

"Ini kerana perpaduan dan kesepaduan sosial adalah tonggak kemajuan dan pembangunan ekonomi kita melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak 2030.

"ACS ingin menegaskan komitmennya ke arah menggalakkan keharmonian dan perpaduan di kalangan semua rakyat Sarawak yang berbeza kepercayaan dan mempromosikan dialog antara semua pemimpin agama," di sini.

Pihaknya turut menjemput semua pemimpin Kristian di seluruh negeri Sarawak dan Persekutuan, ketua jabatan serta ketua masyarakat.

Termasuk perwakilan daripada agama lain seperti Buddha, Hindu, Bahai dan Sikh yang pernah menghadiri majlis pihaknya sebelum ini.

Presiden BEM Bina Agong akan berkongsi refleksi beliau mengenai tema yang dipilih bersama Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt. Revd Datuk Danald Jute akan memberi ucapan keberkatan pada akhir acara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.055910 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list