CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2408|Reply: 0

[Sarawak] Generasi muda digalakkan menghargai alam sekitar

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:28 PM | Show all posts |Read mode


Yii menyampaikan hadiah kepada pasukan juara dari SMK Riam sambil disaksikan yang lain.

MIRI: Seiringi dengan Dasar Matlamat Pembangunan Lestari Negara, Majlis Bandaraya Miri (MBM) melibatkan generasi muda untuk menggalakkan pelajar menghargai alam sekitar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk proaktif memuliharanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut merangkap Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata sebagai langkah awal ke arah usaha itu, Seksyen Matlamat Pembangunan Mapan MBM menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Arca Pokok Krismas menggunakan bahan kitar semula 5R terbuka kepada sekolah menengah bagi tahun ini.

Yii berkata melalui penganjuran pertandingan seumpama itu, ia menggalakkan pelajar sekolah menengah menjaga alam sekitar pada masa depan dan mula melibatkan diri secara aktif dan mengamalkan pembangunan lestari.

"Pada masa sama, mempamerkan inovasi dan kreativiti mereka terhadap pendekatan 5R seperti menukar barang dianggap sebagai bahan buangan kepada sesuatu yang berguna dan bukannya membuang barangan tersebut," katanya pada penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan itu di sini malam semalam.

Menurutnya, program itu bukan sahaja menggalakkan pelajar menghargai alam sekitar bahkan memberi inspirasi kepada mereka untuk aktif memeliharanya.

"Dengan menyertai pertandingan ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan alam sekitar daripada tindakan mereka, mempertajam kebolehan pemikiran kritis mereka dan mendalami pemahaman mereka terhadap prinsip kelestarian," jelasnya.

Menurut Yii, pendekatan 5R beliau maksudkan ialah fikir semula atau fikir sebelum melakukan sesuatu (Rethink or Think Before Doing Something); kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse), cipta semula atau reka bentuk semula/kitar semula (Reinvent or redesign/upcycle) dan kitar semula (Recycle).

"Kami amat percaya program ini meningkatkan kesejahteraan keseluruhan kami dengan ketara dari segi fizikal dan mental.

"MBM meneruskan program bermakna ini dengan matlamat merealisasikan visi mengubah bandar raya Miri menjadi bandar raya peranginan antarabangsa hijau, pintar, paling boleh didiami menjelang 2023," jelas beliau.

Ini juga selaras dengan Dasar Matlamat Pembangunan Lestari Negara khususnya dalam aspek kesihatan baik, Kerja Layak dan Pertumbuhan Ekonomi; Penggunaan Bertanggungjawab; Hidupan di bawah Air; Hidupan di Tanah dan perkongsian untuk matlamat.

Mengenai pertandingan itu, pada tahun ini MBM menerima sebanyak sembilan penyertaan melibatkan seramai 45 pelajar dari enam sekolah menengah.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru dan pelajar dari sekolah menengah yang mengambil bahagian serta ibu bapa yang bertungkus-lumus dalam satu cara atau lain-lain, pertandingan Reka Bentuk Arca Pokok Krismas menggunakan Bahan Kitar Semula (5R) bagi kategori sekolah menengah ini.

"Kesimpulannya, saya menggalakkan semua mengamalkan amalan 5R dalam kehidupan seharian. Dengan memikirkan semula, mengurangkan, mencipta semula, mengitar semula dan menolak bahan buangan tidak perlu kita boleh memberi kesan besar kepada alam sekitar dan komuniti," katanya.

Yii juga mahu masyarakat Miri bekerjasama ke arah masa depan lebih bersih, hijau untuk diri kita dan generasi akan datang.

Turut hadir Timbalan Datuk Bandar MBM Kaunselor Ariffin Mohamad serta pengerusi penganjur pertandingan Kaunselor Jamil Bujang.

Sementara itu, SMK Riam muncul juara pertandingan dengan tajuk rekaan 'Junky Trendy Tree (J2T)' berjaya dihasilkan oleh kumpulan Riam Landscaper.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi Kolej Vokasional Miri menerusi kumpulan Jingle Bells dengan tajuk rekaan mereka Tree R’s (tempat kedua) dan kumpulan F5 Rudolf dengan tajuk rekaan mereka, Pokok Teknorat.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.053699 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list