CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2227|Reply: 0

[Sarawak] Kumpulan Metamorfosis muncul juara Pertandingan Battle Of The Band

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:23 PM | Show all posts |Read mode


Mohamad Shafizan (dua kanan) menyampaikan hadiah kepada kumpulan Metamorfosis (tiga kiri) sambil diperhatikan Frank (dua kiri), Ahmad Noor (kiri) dan Dayang Noorazah (kanan) pada pertandingan itu.

SRI AMAN: Kumpulan Metamorfosis muncul juara Pertandingan Battle Of The Band sempena Pentas Rakyat Regata Lingga dekat sini malam semalam.

Dengan kemenangan itu, Metamorforsis membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, piala dan sijil penyertaan.

Naib juara pula disandang kumpulan JS Boys yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, piala dan sijil penyertaan.

Manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Project Tenta yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, piala dan sijil penyertaan.

Sementara itu, Pemain Gitar Bass Terbaik dimenangi Norazman Haini daripada kumpulan Silent Killer dan Pemain Drum Terbaik dimenangi Jafri Jeman.

Pemain Gitar Utama Terbaik dimenangi Sumardi daripada kumpulan Metamorfosis.

Terdahulu, penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang  Sohor, Pemangku Pegawai Daerah Lingga Frank Lani, Temenggung Mohamad Shah Achang serta Pegawai Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman Ahmad Noor Kamal Malik.

Sebanyak lapan kumpulan layak ke peringkat akhir pertandingan tersebut.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.060367 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list