CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2110|Reply: 0

[Sarawak] Kelab Lions Bandaraya Kuching adakan projek saringan kesihatan luar bandar

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:21 PM | Show all posts |Read mode


Peserta program merakam gambar bersama di SK Pesang Begu, Jalan Padawan di Serian.

KUCHING: Kelab Lions Bandaraya Kuching mengadakan projek saringan kesihatan luar bandar di SK Pesang Begu, Jalan Padawan di Serian hari ini.

Program tersebut adalah sebagai sebahagian daripada memenuhi khidmat masyarakatnya untuk penduduk di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan akhbar hari ini, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan termasuk obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi serta pemeriksaan klinikal payudara yang dilakukan oleh jururawat daripada Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak.

Cermin mata membaca dan lampin boleh guna semula untuk bayi turut diberikan kepada mereka yang memerlukannya.

Kenyataan itu turut menyebut kira-kira 100 penduduk kampung hadir pada majlis itu manakala 10 pelajar yang memerlukan diberikan beg sekolah, pakaian seragam, kasut dan alat tulis baharu.

Selain itu, 100 kanak-kanak dari sekolah itu menghadiri ceramah kesihatan mengenai deworming yang diberikan oleh Alpro Pharmacy dan turut dihiburkan dengan aktiviti pendidikan dan permainan yang dijalankan oleh Leo Club of St Joseph's Private School.

Pengerusi penganjur Irene Tan menyampaikan penghargaan kepada Persatuan Masyarakat Subang Puncak Borneo Kuching, SK Pesang Begu, Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Sarawak dan Alpro Pharmacy kerana bekerjasama dengan kelab dalam projek ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:04 AM GMT+8 , Processed in 0.336818 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list