CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2075|Reply: 0

[Sarawak] Lebih 200 golongan memerlukan manfaatkan Jualan Agro Madani

[Copy link]
Post time 11-12-2023 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli sayap ayam pada program Jualan Agro Madani anjuran Puat Khidmat Lanang semalam.

SIBU: Lebih 200 golongan memerlukan memanfaatkan Jualan Agro Madani anjuran Pusat Khidmat Parlimen Lanang di sini semalam.

Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berkata jualan itu mendapat kerjasama daripada FAMA Sibu dan diadakan di sebuah pasar raya di Jalan Salim di sini.

"Program Jualan Agro Madani ini berjalan dengan lancar. Sayap ayam dijual pada harga istimewa RM10 sekilogram habis dijual dalam masa singkat," katanya dalam satu hantaran di laman sosialnya hari ini.

Alice berkata, selain jualan sayap ayam, barangan seperti telur ayam, minyak masak paket (1kg) dan gula turut diadakan.

Katanya, pada program jualan itu orang ramai dapat membeli ayam, ikan, beras, pelbagai jenis mi segera, minuman tin dan bungkusan serta kicap pada harga murah.

"Saya berharap program ini dapat menawarkan penjimatan kos untuk rakyat membeli bahan-bahan makanan harian," jelasnya.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat II itu merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat menjayakan program tersebut.

Pada program tersebut, Lau diwakili pegawai khasnya Stanley Chiew hadir sebagai penyelaras.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:26 AM GMT+8 , Processed in 0.436455 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list