CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4708|Reply: 0

[Perak] 86 warga asing diselamatkan dalam serbuan di tiga lokasi sektor pembinaan

[Copy link]
Post time 11-12-2023 03:35 PM | Show all posts |Read mode

PENGUAT KUASA memeriksa 52 warga asing yang diabaikan majikan di sebuah tapak pembinaan berdekatan Taman Jati di Meru Raya. FOTO Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

Ipoh: Seramai 86 warga asing diselamatkan menerusi operasi penguatkuasaan bersepadu perburuhan bagi sektor pembinaan diketuai Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) yang dijalankan secara serentak di tiga lokasi berasingan Perak, hari ini.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata, 52 daripada mereka diselamatkan di sebuah tapak pembinaan bagi cadangan pembangunan bercampur berdekatan Taman Jati di Meru Raya, di sini, selain masing-masing 17 warga asing diselamatkan di Sitiawan dan Tapah.

Sewaktu operasi di Ipoh yang bermula 7.50 pagi tadi, kelihatan beberapa warga asing melarikan diri manakala majoriti mereka yang diperiksa sedang berada dalam rumah kongsi.

Di Ipoh, Kamal berkata, semua pekerja asing itu terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia, selain terdapat tujuh pekerja yang didapati pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan 14 adalah pendatang asing tanpa izin (Pati).



Menurutnya, antara kesalahan yang dikesan oleh JTKSM melalui operasi di Ipoh ialah tiada perakuan penginapan pekerja, kesalahan membayar gaji secara tunai yang bukan melalui institusi kewangan, kegagalan melapor penggajian pekerja asing selain terdapat pekerja dikategorikan sebagai terabai.

Katanya, kesalahan yang dikesan itu mengikut akta-akta yang dikuatkuasakan oleh JTKSM seperti kesalahan mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 [Akta 446], kesalahan Akta Kerja Seksyen 25A, Subseksyen 60K (3) Akta Kerja 1955.

"Kita lihat memang sebahagian daripada pekerja di sini masih belum mempunyai pekerjaan walaupun sudah dua minggu mereka tiba di Malaysia dan dalam tempoh itu mereka ditempatkan di rumah kongsi yang kita sendiri dapat lihat keadaannya tidak begitu kondusif termasuk tiada kemudahan seharusnya disediakan oleh majikan.

"Majikan gagal melapor penggajian pekerja asing dan terdapat pekerja yang dikategorikan sebagai terabai iaitu mereka dibawa masuk secara sah berpermit tetapi tidak diberikan sebarang pekerjaan sejak menjejakkan kaki di Malaysia. Kesemua kesalahan ini akan diambil tindakan selaras dengan akta berkaitan," katanya sewaktu turut serta dalam operasi hari ini.

Operasi membabitkan 55 pegawai penguat kuasa terdiri daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Imigresen, polis, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Kamal berkata, bagi Perkeso, terdapat seramai 439 pekerja didaftarkan bagi tapak pembinaan di Ipoh itu namun didapati tiada caruman dilakukan yang mana ia kesalahan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Katanya, di bawah Imigresen, beberapa kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dikesan dan akan disiasat secara terperinci antaranya termasuk kesalahan tiada dokumen sah dan tinggal lebih masa.

Menurutnya, bagi CIDB kesalahan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520] dikesan dan notis penutupan tapak selama tujuh hari dikenakan.

"Selain itu, pihak MBI pula akan melakukan semakan kelulusan berhubung pembinaan bangunan dan lesen penginapan. Kesemua kesalahan ini akan diambil tindakan sewajarnya selaras dengan perundangan berkuat kuasa mengikut bidang kuasa jabatan masing-masing," katanya.

Sementara itu di Sitiawan, Kamal berkata, pemeriksaan ke atas 17 warga asing mendapati seorang adalah Pati manakala di Tapah, lapan daripada 17 dikenal pasti Pati manakala dua lagi pemegang kad UNHCR.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... si-sektor-pembinaan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 1.096498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list