CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10201|Reply: 10

M Nasir terima royalti MACP 2023 tertinggi

  [Copy link]
Post time 11-12-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: Komposer dan penyanyi legenda, Datuk M Nasir diumumkan sebagai penerima Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi pada malam Anugerah Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP) 2023 yang diadakan di sebuah hotel, di sini, malam tadi.Selain itu, M Nasir turut memenangi kategori Persembahan Lagu Terbanyak menerusi lagu Tiara, manakala Luncai Emas Sdn Bhd menerima kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi yang dimenangi MVM Production Sdn Bhd, tahun lalu.


M Nasir tidak menjangkakan kembali menerima kategori Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi yang dimenangi oleh Ezra Kong, tahun lalu.


Katanya, pencipta muda harus mengambil peluang dengan kepesatan teknologi untuk menjalinkan jaringan baharu terutama pendengar dari negara jiran.


"Sekarang kita perlu fikirkan pasaran terlebih dahulu, tiada halangan dari segi kreativiti. Jadi, kena sesuaikan sesuatu lagu dengan kehendak pasaran termasuk dari negara jiran.


"Dalam situasi dunia tanpa sepadan, kita juga kena gunakan rangkaian usaha sama bagi menaikkan sesebuah lagu," katanya.


Sementara itu, Universal Music Publishing Sdn Bhd mengekalkan kemenangan menerusi kategori Penerbit Dengan Pendapatan Tertinggi.


Penyanyi dan komposer berbakat besar, Reedzwan yang popular menerusi lagu Adakah Ini Mimpi pula meraih kategori Komposer Muda Berpotensi.


Bagi menghargai bakti dan sumbangan terhadap perkembangan industri muzik tanah air, MACP memilih Allahyarham JS Kevin yang banyak menghasilkan lagu untuk kumpulan XPDC sebagai penerima Anugerah Nadi Cipta.


Lagu Hutang nyanyian Kumpulan Floor 88 ciptaan dan lirik oleh Zai Hamzah mengungguli kategori Lagu Melayu Dendangan Terbanyak.


Sementara itu, lagu A Lai Si Jia Hai Wan ciptaan dan penulis lirik oleh Firdhaus dan Li Kang Ning memenangi kategori Persembahan Lagu Cina Terbanyak.


Bagi kategori Lagu Tamil Terbanyak dimenangi Perak Khule ciptaan dan lirik oleh Krish K.


Kategori Persembahan Lagu Inggeris Terbanyak menjadi milik lagu Stay Away ciptaan dan lirik oleh Zhe Kamil dan Guccimith.


Lagu Cinta Sampai Mati terbitan Luncai Emas Sdn Bhd menang kategori Persembahan Lagu Luar Negara Terbanyak.


Lagu Pendapatan Luar Negara Tertinggi pula menjadi milik lagu Ke Zai Wo Xin Di De Ming Zi ciptaan dan lirik oleh Xu Yuan Ting dan Jia Wang.Sementara itu, Epul Roza dari kumpulan Drama Band pula dianugerahkan Pencipta Terbaik TikTok bagi lagu Drama.


Anugerah MACP sempena ulang tahun ke-33 diserikan dengan persembahan daripada Liza Aziz, Marsha Milan, Hazama, Ruffedge dan ramai lagi.














This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 11:47 AM | Show all posts
tahniah!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Berapaaaaa tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pinjam seratus.......
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
wah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 02:36 PM | Show all posts
Tak pelik sebab lagu2 Luncai Emas a.k.a M.Nasir semuanya malarsegar.....bertuahnya bumi Malaysia ada artis macam ni...walau MNasir lahir kat Singapore. Semoga MNasir sentiasa dipanjangkan umur dan terus kreatif.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2023 04:13 PM | Show all posts
lagu best x merepek elokla dinaikkan selayaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 04:24 PM | Show all posts
Masa muda kerja keras...masa tu idea seni mencurah2...suara pulak sedap ..lagu kalau sentuhan M.Nasir....mmg jauh perginya.
Dah berumur boleh rilek sambil cucuk duit kat ATM..woo banyak lagi..rilek-rilek dgn isteri, anak2 dan cucu. Jadi datuk berduit..masa raya semua suka...he2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 04:41 PM | Show all posts
selayaknyalah
dan juga saari amri juga
berapa tahun akan dapat royalti ni?

mcm Pramlee juga patutnya hidup kaya raya sebelum meninggal
karya allahyarham = masterpiece
naskah allahyarham masterpiece
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
macamana nak jadi penulis lirik erk.. citacita i tu huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 06:31 PM | Show all posts
Ina munger sure dapat banyak royalti ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:08 PM GMT+8 , Processed in 0.272219 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list