CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9703|Reply: 14

[Tempatan] Ringgit susut nilai kepada RM4.67 sedolar AS..Rindu zaman DSN

  [Copy link]
Post time 11-12-2023 11:25 AM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi urus niaga Isnin apabila nilai dolar AS mengukuh selepas data senarai gaji utama bukan ladang (NFP) negara maju itu yang terkini melepasi jangkaan.
Pada 9 pagi, ringgit menyusut nilai kepada 4.6750/6800 berbanding dolar AS daripada penutupan Jumaat lalu pada paras 4.6625/6665.Menurut laporan, data NFP AS mencatatkan sejumlah 199,000 pada bulan November berbanding anggaran konsensus sebanyak 180,000.
Bagaimanapun, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata setelah diteliti, peningkatan mendadak dalam NFP AS disebabkan terutamanya oleh pekerja yang kembali daripada mogok mereka.
"Dari sudut itu, pasaran buruh dilihat lemah yang boleh menyebabkan ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) berubah arah apabila mereka bersidang semula pada 12 hingga 13 Disember.


"Buat masa ini, pergerakan ringgit berbanding dolar AS dijangka kekal terkawal," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.8685/8748 daripada 5.8542/8593 pada penutup Jumaat dan lemah berbanding euro kepada 5.0359/0413 daripada 5.0243/0286 minggu lalu.
Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.2164/2200 daripada 3.2307/2337 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang Asia yang lain.
Mata wang tempatan tidak berubah nilainya berbanding peso Filipina pada 8.41/8.43 tetapi meningkat berbanding baht Thai kepada 13.1283/1494 daripada 13.1933/2094.
Ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4844/4884 daripada 3.4818/4853 minggu lalu dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.7 daripada 300.4/300.8 sebelumnya.
-BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekurang2nya bkn rm5 per dollar.. kira cukurrr sesgtttt
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 11-12-2023 12:46 PM
Sekurang2nya bkn rm5 per dollar.. kira cukurrr sesgtttt

Rm5 la bagus.. Rahmah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 11-12-2023 01:26 PM
Rm5 la bagus.. Rahmah

Astaga.. nnt nak jjcm takleh sbb ringgit rahmah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 03:07 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 11-12-2023 03:11 PM

agaknya, maksud Tun M, ringgit naik tu bermaksud naik sehingga nak mencapai rm5.bila berurusniaga dengan USD, barang import turut naik, sudah tentu barang2 pun akan naik.
jadi terima ajelah, itu pilihan majority rakyat, jatuhkan Najib dan pilih grup Tun M mentadbir negara.

Najib Turun, Ringgit Naik - Tun MSabtu, 03 Oktober 2015 7:02 PM

Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK



Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad yakin penyusutan nilai Ringgit yang dihadapi Malaysia pada masa ini mempunyai kaitan dengan prestasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, bekas perdana menteri paling lama berkhidmat berkenaan sekali lagi menggesa Najib berundur daripada kedudukannya demi memulihkan ekonomi Malaysia.

"Saya nak lihat Najib letak jawatan. Kalau Najib turun, nilai mata wang akan naik sekelip mata," katanya di sini, Sabtu.

Beliau berucap ketika menghadiri Majlis Hi-Tea bicara politik bertajuk 'Kembalikan Maruah Perjuangan Bangsa' anjuran Umno Cawangan Pusat Bandar Taman Cempaka, Bahagian Pandan.


Ketika sidang media selepas majlis itu, Dr Mahathir berkata, beliau turut bersetuju dengan pandangan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz yang mengaitkan kejatuhan nilai Ringgit dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Kita dengar Zeti kata selagi masalah 1MDB dan derma RM2.6 billion tidak diselesaikan, nilai mata wang tidak akan pulih.

"Zeti cakap dan saya pun berpendapat macam tu.

"Semua mata wang jatuh tapi mata wang kita jatuh lebih teruk daripada yang lain, saya kaji jugak itu (kaitan isu 1MDB)," katanya.








Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 03:10 PM | Show all posts
rindu zaman Boss ku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2023 03:11 PM | Show all posts
rindu PKP sbb kes sudah naik...mesti banyak bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gelak jelah mampu. Pencapaian tertinggi slps setahun madanon ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan Gagal PH 2.0....

Akibat berikan kepercayaan kepada Sang Peliwat & Penyamun....

Habis diliwatnya ekonomi negara.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib turun, ringgek naik
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:46 PM | Show all posts
kurangkan pakai USD la dlm import export  ... dgn Jepun pakai Yen dorg  .... dgn China pakai RMB dorg ... dgn Eropah pakai Euro ....  dgn Singapura pakai Sing Dollar pulak

toksa risau byk USD naik ke turun ..... negara Arab konpem tak jadi hal,  dorg dah start kurangkan pengunaan USD
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap bulan boleh tgk perubahan harga barang. Antara senang nk tgk adalah harga susu formula bayi/kanak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:11 AM | Show all posts
hahahha ayat.

ringgit jadi bangsat 2023 tapi dia salahkan ah jib gor.  gila babi.



btw...

apa beza penyusutan ringek berbanding polisi ringek murah madet sendiri?

polisi "ringek murah perlu supaya kita buleh eksport" -  any comments?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:26 AM | Show all posts
zjen replied at 11-12-2023 07:46 PM
kurangkan pakai USD la dlm import export  ... dgn Jepun pakai Yen dorg  .... dgn China pakai RMB dor ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2023 11:28 AM | Show all posts
sama je RM jatuh tak kira sgd, euro atau yuan.


masih salah amrekka dolar lagik kewwww
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.068517 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list