CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7509|Reply: 0

[Perlis] Polis temui 1.1 kilogram dadah dalam kereta, tahan lelaki bagi bantu siasatan

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

ARAU: Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan tujuh paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu dan heroin seberat 1.1 kilogram bernilai RM25,000 yang ditinggalkan dalam kereta di tepi belukar di Taman Tengku Budriah, di sini.

Penahanan itu dilakukan pada 27 November lalu selepas polis yang melakukan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Satria dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Arau menghala ke Pauh pada kira-kira jam 1.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata anggota polis kemudian mengekori kereta berkenaan ke arah susur keluar Pauh dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun tidak dipatuhi.

"Menyedari kehadiran polis, pemandu kereta itu cuba melarikan diri dengan memecut kereta menghala ke Taman Tengku Budriah di Pauh menyebabkan anggota polis peronda terpaksa meminta bantuan polis dari Unit Ronda Bermotosikal.

"Suspek yang berlegar di taman perumahan itu kemudian memberhentikan keretanya di Lorong Tengku Budriah 6, sebelum dua lelaki keluar dari kereta itu melarikan diri memasuki belukar di lorong itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, pemeriksaan dilakukan dalam kereta itu menemui empat paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 199.80 gram dan tiga paket plastik lut sinar berisi dadah jenis heroin dengan berat 898.10 gram dan semuanya dianggarkan bernilai RM25,000.

Beliau berkata, kereta suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau untuk tindakan selanjutnya.

"Susulan kejadian itu, polis berjaya mengesan seorang daripada suspek dan memberkasnya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau, Tunjang di Jitra pada Ahad lalu.

"Suspek berusia 42 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis untuk tindakan selanjutnya dan ujian awal air kencing mendapati dirinya positif dadah jenis opiate," katanya.

Ahmad Mohsin berkata, suspek yang berasal dari Taman Teja, Changlun direman seminggu sejak kelmarin hingga 16 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Kita percaya suspek terbabit kegiatan penyalahgunaan dadah sejak 1999 apabila semakan rekod jenayah lampau terhadap suspek mendapati dia mempunyai 10 kes jenayah lalu membabitkan dadah.

"Kali terakhir suspek mendapat bekalan dadah heroin seberat 224 gram berharga RM3,000 kira-kira tiga hari sebelum kejadian itu dan suspek adalah pemilik terakhir kereta Satria yang dirampas kita, namun pertukaran hak milik nama dalam geran kereta itu masih belum dibuat di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-lelaki-bagi-bantu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.216066 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list