CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27438|Reply: 80

Setia tunggu jodoh pada usia 50-an, Datuk Hans Isaac, Ebby Yus, Datuk Syafinaz Selamat dan Nasha Aziz

  [Copy link]
Post time 10-12-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by chacon at 10-12-2023 10:54 AM




Jodoh cukup sinonim dengan pasangan, teman kawan, lawan, saing dan kelamin. Begitupun menemukan seseorang yang sesuai dengan keinginan sendiri, tentunya menjadi kebahagiaan luar biasa.

Datang, lambat atau cepat bukan urusan kita kerana Allah SWT akan memberikan jodoh sesuai apa yang kita perlukan, bukan hanya apa yang diinginkan.Sudah pasti individu yang belum bertemu jodoh juga menarik perhatian ramai bukan sahaja dikalangan selebriti tempatan malah serta kelompok masyarakat.

Beberapa nama selebriti popular tanah air yang sudah mencecah usia 50-an namun belum bertemu jodoh antaranya Datuk Hans Isaac, Ebby Yus, Datuk Syafinaz Selamat dan Nasha Aziz berkongsi pengalaman serta pandangan masing-masing mengenai isu ini.


Ikuti temubual wartawan RIDZUAN ABDUL RAHMAN dan RAMLAH ZAINAL bersama mereka.


Datuk Hans Isaac

Tidak suka bersosial dan lebih suka 'terperap' di rumah selepas pulang bekerja mungkin menjadi sebab buat pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Hans Isaac, 52, yang belum bertemu jodoh.

"Kalau berjumpa dengan wanita sebaya pun mereka sudah berkahwin dan wanita yang lebih muda pula mungkin tiada chemistry atau keserasian kerana perbezaan usia.

"Justeru, lebih baik saya tunggu wanita yang tepat dari ambil risiko yang akan mendatangkan masalah dalam hidup pada masa depan," katanya kepada Harian Metro.

Ditanya sama ada dirinya sudah putus asa untuk mencari jodoh, kata Hans yang juga Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), kini dia sudah tidak mahu memikirkan soal jodoh atau mencari jodoh lagi.

"Kalau ada pasangan (wanita) yang datang dalam hidup saya selepas ini, saya mahu dia terima keadaan hidup saya sekarang.

"Saya juga seorang yang sangat berbeza kini dan lebih senang untuk terima kebaikan dan keburukan seseorang atau masa silamnya," katanya.

Kata Hans lagi, berbanding pada usia 20-an dulu, dia memang cerewet dalam soal mencari pasangan untuk dijadikan teman hidupnya.
"Saya pun tak percaya diri masih bujang lagi. Tapi sekarang usia lebih matang dan saya juga lebih relaks.

"Cuma masalahnya, saya tidak buka ruang untuk orang kenali diri atau mungkin saya tutup diri saya untuk orang kenal," katanya.

Bagaimanapun, kata Hans, buat masa ini, dia tiada mood untuk mencari teman wanita atau bercinta seperti zaman muda dulu.

"Kalau saya dah jumpa seorang wanita yang tepat dan boleh jadi teman hidup dan ibu kepada anak-anak saya kelak, saya akan terus kahwin sahaja," katanya.

Pelawak dan pelakon, Ebby Yus

"Bukannya saya memilih untuk hidup bujang cuma belum ada jodoh lagi.

"Bukan juga tiada wanita yang mahukan saya atau soal kewangan, malah, sudah sampai nak bertunang pun tapi akhirnya tak jadi.

"Selain itu, ada peminat yang sanggup terima walaupun dalam keadaan saya yang sakit tapi bila sampai masanya tak jadi juga. Saya sudah berusaha tapi akhirnya Allah SWT juga yang menentukannya," kata pelawak dan pelakon Ebby Yus.

Ebby, 59, mengulas perkara itu selepas ditanya mengenai jodoh.

Ditanya kriteria pasangan yang dicari, kata Ebby, dia mencari calon isteri yang memahami dirinya sebagai artis dan beragama.

"Saya tidak pernah bercinta dan tidak cerewet dalam soal jodoh cuma ada kriteria yang dicari untuk dijadikan isteri.

"Saya mencari pasangan yang 'cantik' di mata dan ikhlas menerima saya seadanya serta keluarga kerana saya ada kakak orang kurang upaya (OKU)," katanya.

Namun, kata Ebby, pada usia sekarang, dia juga sudah berasa tawar hati untuk berumah tangga.

"Bukan tiada yang mahu saya pada usia sekarang tapi saya sudah letak soal kahwin jatuh nombor dua.
"Mungkin sebab faktor usia dan tahap kesihatan ketika ini.

"Saya tidak menutup pintu hati untuk berkahwin kerana kalau ada pasangan yang sesuai dan ditemukan jodoh kelak, saya tidak menolaknya," katanya.

'Lebih selesa hidup solo'
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat

"Saya rasa selesa dan rasa lebih mudah. Cuba bayangkan, kehidupan saya banyak berkisarkan kerja saya dan kadang-kadang balik malam. Mungkin ada yang tak percaya bila orang tanya fasal kehidupan saya, saya jawab sibuk." kata Datuk Syafinaz Selamat, 50.

Syafinaz juga penyanyi dan turut sinonim sebagai juri program Gegar Vaganza mengakui kehidupan padat dengan pelbagai aktiviti seni.

"Kadang-kadang orang tak faham kerja saya. Latihan saya bersama koir biasanya waktu malam. Habis latihan sekitar 10.30 malam. Selepas itu ada perbincangan dengan beberapa pihak lain.

"Saya tak bekerja setiap hari, tapi kebanyakannya waktu malam. Bila habis jam 1 atau 2 pagi itu perkara biasa buat saya. Jadi kalau orang tak biasa memang susah," katanya.

Menurutnya apabila bergelar isteri, seorang wanita itu kena ada komitmen untuk rumah tangga.

"Setakat ini otak saya memang fikir kerja. Jadi saya rasa hidup saya selesa. Saya ada tanggungjawab untuk diri sendiri, boleh pergi ke mana saja dan buat apa saja nak.

"Tak perlu minta kebenaran sesiapa Kalau ada (jodoh), adalah. Kalau tiada saya okey. Kena ingat sebagai wanita muslim bila berkahwin kena ada tanggungjawab. Tak boleh berbuat sesuka hati.

"Apapun emak saya okey tak pernah cakap apa. Kakak-kakak saya dulu ada yang cakap, tapi sekarang mereka pun faham cara kerja saya," katanya.

Menurutnya, tahap kehidupan sesetengah orang mencapai tahap maksimum apabila kena berkahwin dan ada anak.

"Tapi saya tak terfikir begitu sebab pada saya sukses berbeza pada mata orang lain. Kebahagiaan pun berbeza pada setiap orang," katanya.

Pelakon, Nasha Aziz

Sementara itu, bagi pelakon Nasha Aziz, 52, pula ketika ini dia lebih selesa menemani kehidupan ibunya.

"Saya berteman juga sebenarnya. Kalau saya perlukan teman, ia adalah bersama ibu. Itu teman jiwa. Saya bersyukur teman jiwa saya dah ada, bersesuaian pula dengan keadaan saya sekarang.

"Saya kena faham, keadaan orang lain (adik-beradik) mungkin tak seperti saya kerana mereka ada tugas-tugas yang lain. Dan kerana itu kehidupan mereka tak boleh jadi teman itu.

"Kalau jiwa kita diberi kepada lelaki atau suami, mungkin saya tak dapatlah ruang dan peluang itu," katanya.

Nasha berkata, dia juga tidak pernah memandang 'serong' terhadap kuasa dan rezeki Allah kerana baginya, selagi hidup di dunia setiap manusia tidak tahu lagi apa ada di depannya.

"Saya lebih suka berdamai dengan takdir. Kita tahu satu itu (Allah) yang berkuasa terhadap segala-galanya. Saya nampak akan ada cahaya-cahaya keindahan yang akan datang lagi untuk saya.

"Saya pun tiada tekanan dalam perkara ini. Malah kadang-kadang saya rasa seronok tengok pasangan yang bahagia. Saya suka ambil aura itu di mana saya akan perhati dan serap masuk dalam diri saya.

"Saya pun tak bersangka buruk terhadap diri sendiri. Cuma waktu dan masanya belum sampai," katanya yang positif dengan kehidupannya.

Terus berusaha, ikhtiar dipertemukan jodoh

Kuala Lumpur: Jodoh adalah urusan takdir yang ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu.

Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik.

Pakar Rujuk Bidang Fiqh Fatwa, Prof Madya Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata setiap individu mempunyai jodoh masing-masing dan perlu terima dengan hati terbuka.

"Setiap individu ada jodoh masing-masing. Ada orang dapat jodoh di dunia dan ada yang tidak dapat. Maka kita perlu reda dengan qada dan qadar yang Allah dah tentukan kepada kita.

"Oleh sebab itu bila kita tidak ada rezeki di dunia ini. Bila kita tahu agaknya kita tak ada rezeki di dunia ini adalah bila kita dah meninggal dunia. Meninggal tak sempat kahwin maka Allah akan berikan nikmat perkahwinan itu di akhirat.

"Tapi jika kita masih hidup dengan umur sudah lebih 50 tahun tak kahwin lagi jangan berputus asa... jangan risau.

"Pernah jumpa tak kawan-kawan atau kenalan yang dah tua baru berkahwin. Saya sendiri pernah terjumpa umur dia 47 tahun tapi siapa suaminya bekas pelajar dia umur 24 tahun... bayangkan... rezeki tu rezeki," katanya.

Sementara itu, Penceramah, Ustaz Yaakub Yusra pula berkongsi mengenai beberapa perkara yang cukup sensitif ditanya kepada seseorang salah satunya adalah jodoh.

Menurut soal jodoh selain pekerjaan, umur dan zuriat antara perkara sensitif untuk ditanyakan kepada seseorang yang kelak boleh melukakan perasaan seseorang.

Bagaimanapun ada pihak yang terbuka soal berkenaan kerana menyerlahkan perwatakan matang mereka.










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
tak kisah la umur brapa pun..jgn menyondol..menggila meroyan menyusahkan org..asal aman2 hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Toknaz ni elok berjodohan dgn Shawn mendezzz...seswai sgt
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hans dgn Nasha dlu blakon drama sama kan. Kutub2 tu. Mmg tak penah interested in each other ke. Tok Hans x taste prmpuan malay?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:26 PM | Show all posts
kalchi replied at 10-12-2023 12:59 PM
Hans dgn Nasha dlu blakon drama sama kan. Kutub2 tu. Mmg tak penah interested in each other ke. Tok  ...

lerr... masa tu kan nasha kapel dgn faizal husein.. sama berlakon citer kutub juga
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada orang suka hidup solo..
Selagi takde susahkan orang..okay je..pilihan masing2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 10-12-2023 12:59 PM
Hans dgn Nasha dlu blakon drama sama kan. Kutub2 tu. Mmg tak penah interested in each other ke. Tok  ...

Jah tu malay 90% 10% paki
Ok jer Tok Hans
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 10-12-2023 12:59 PM
Hans dgn Nasha dlu blakon drama sama kan. Kutub2 tu. Mmg tak penah interested in each other ke. Tok  ...

Byk la ex gf hans tu malay antaranya ella dan ratu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Syafinaz maybe susah sikit nak cari sebab dia ni classy sikit. Surely nak lelaki yg sekufu. Dah ada title pulak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Binderclips replied at 10-12-2023 03:37 PM
Byk la ex gf hans tu malay antaranya ella dan ratu.

Oo lupa laa erra. Ella i xtau dia penah dgn Hans
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kalchi replied at 10-12-2023 12:59 PM
Hans dgn Nasha dlu blakon drama sama kan. Kutub2 tu. Mmg tak penah interested in each other ke. Tok  ...

hans nasha pernah dating early 2000s
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar je lah diorg xnak kawen…
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Apahal la menyibuk dgn takdir hidup org lain ni ..diorang tak kawen sbb blom jodoh, mmg duit gaji korang akan habis ke?
Boleh jd antara ajal dan jodoh, ajal mendahului
Mohtep ummah meleis sume bodoh psl takdir Tuhan? Tp duk la pung pang pung pang psl aurat org lain..tp bab ni unmah meleis pura2 pekak badakkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebih elok hans tu single..kalo kawen dgn jahlop dulu, mesti life heshe miserable
Kalo masuk family mamazat, mmg hidup kau dipenuhi sial ..so better la remain je single
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Hans & Nasha, dedua elegan dan nampak mature. Kalaupun x berjodohan dunia benar, hrp berpeluang bergandingan lg.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasha,toknaz xde pun malu, rahsiakan  umur deyols sbb kekal cantik.bukan mcm nekta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan bahagia hidup masing2. Rezeki depa nk single tak pening2 nk hadap perangai partner masing2. Rezeki jugak org yg berkahwin dpt kongsi kasih sayang, susah senang dgn partner.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok..hans ambik tok pinas...eby ambik nacha...selesai masaalah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Hans ni helok rupa dari muda hensem sekarang dato pula takkan takde perempuan minat? Tipu laa. Iols rasa dia ni jodoh tak kekal, dan dia banyak je bercinta dgn melayu ratu, jah cumanya dia ni mungkin tak kawin sbb jenis tak bersungguh nak dalami islam. Kalau dia nak masuk islam lama dah dia masuk bukan sebab nak kawin jee. Dia dgn nasha kalau kawin sepadan sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:12 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 10-12-2023 06:10 PM
Apahal la menyibuk dgn takdir hidup org lain ni ..diorang tak kawen sbb blom jodoh, mmg duit gaji ko ...

Lagi2 bulan 12 camni, yg single2 ni asek d tnya bila nak khwin psl yg lain2 dh khwin dlm bulan ni lol, sibuk je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.070476 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list