CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18596|Reply: 10

Kak Ani kena tempias lepas rakam semula lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, tak tahu lagu tengah viral di tiktok

  [Copy link]
Post time 10-12-2023 10:27 AM | Show all posts |Read mode


Hanya kerana pernah merakamkan semula lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal penyanyi Indonesia, Ria Resty Fauzy lebih tiga dekad lalu, penyanyi Noraniza Idris terkena tempias selepas lagu evergreen itu menjadi tular, baru-baru ini.
Noraniza atau lebih akrab di sapa Kak Ani hairan apabila sering diminta untuk menyanyikan lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia oleh penganjur acara setiap kali menerima undangan persembahan.
"Jujurnya, Kak Ani tak berapa mengikuti aliran terkini dalam media sosial. Ini kerana banyak kerja yang perlu dibereskan.
"Jadi, apa yang berlaku dalam aplikasi TikTok, Kak Ani memang tak tahu.
"Pada awalnya bila ada penganjur acara meminta Kak Ani menyanyikan semula lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia, sangka Kak Ani mestilah ia atas permintaan orang lama.
"Maklum sahajalah, lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia dirakam kira-kira 37 tahun lalu dan dimuatkan dalam album Pujaan Malindo yang mengandungi 10 lagu saduran."Waktu itu, Kak Ani masih anak dara dan suara pun masih 'kepit' lagi.
"Tapi, Kak Ani pelik juga bila ramai minta lagu ini dinyanyikan dalam persembahan. Selepas itu barulah Kak Ani tahu lagu ini sudah viral," kata penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Malaysia ini kepada BH Online.Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia yang dipersembahkan oleh pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB) sempena majlis konvokesyen kembali tular apabila mendapat hampir dua juta jumlah tontonan selepas dimuat naik semula oleh pengguna aplikasi TikTok.
Bagi memenuhi permintaan banyak pihak, Noraniza berkata, dia terpaksa membuat 'minus one' untuk memudahkannya mendendangkan lagu berkenaan.
"Memandangkan lagu ini sudah lama dirakam, Kak Ani tidak simpan 'minus one' Disebabkan itu, Kak Ani terpaksa buat 'minus one' baharu.
"Selepas ini bolehlah selit lagu ini dalam mana-mana persembahan," katanya yang baru muncul dengan single baharu berjudul Penawar Kita berpadu suara dengan Hazama.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah sepit sengau lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sengau je pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dengar noraniza Ni nyanyi Lagu pop
Iols teringat cite main main hantu jah
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by September14 at 10-12-2023 05:53 PM

Klu dia ni aku teringt lagu anak singkong… dlu muzik dia style2 lagu gitu kan…
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 07:59 PM | Show all posts
minus one je mampu nek ani....
sape la oku pendengaran yg nak tadah telinga dengornye...
dalam porem ni ada la sorg dua tauu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2023 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Why laguu ni tiba tiba virall gila
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baru tau lagi ni dia yg nyanyi
nek ani bakalan mendonia balik kaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 11:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni dulu buat album nyanyi lagu org je pon..tup2 jd ratu irama mesia...lagu hetty pon dia ada nyanyi..ingin ku sandarkan harapan .
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kali dengar, jadi annoying pulak lagi ni. Bukak tiktok je, background lagu ni. Persembahan choir pun guna lagu ni. Perhimpunan bulanan orang gomen pun guna lagu ni. Paling geli baru2 ni polis jenayah pun guna lagu ni utk perhimpunan bulanan di bukit aman. Yang polis lelaki siap melentik-lentik tangan buat pergerakan untuk lagu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:21 PM GMT+8 , Processed in 0.179743 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list