View: 31866|Reply: 18
|
[Tempatan]
telah dilaksanakan di Amsterdam di Belanda, Brussels di Belgium, Berlin (Jerman), Melbourne dan Sydney, Ipoh bakal Bandar Ekonomi Donat,pertama di Asia
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 9-12-2023 08:48 PM
IPOH – Langkah untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat menjelang tahun 2027 bakal menjanjikan pembangunan yang seimbang kepada ekonomi serta kesejahteraan rakyat di bandar raya itu.
Demikian ditegaskan Ketua Eksekutif Sekretariat Ipoh Bandar Ekonomi Donut (SIBED), TPr Dr Zulqarnain Mohamad yang mana usaha itu menurut beliau disusuli dengan pelbagai program bagi memastikan matlamat tersebut tercapai.
Terbaharu katanya, satu memorandum telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan Centre for Planetary Health, Sunway University, dan Institut Darul Ridzuan (IDR) untuk merealisasikan matlamat Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat 2027, selaras dengan flagship ke-15 Pelan Perak Sejahtera 2030.
IKLAN
“Melalui kerjasama ini, kita akan berkongsi kepakaran dari Sunway University dalam bidang kesihatan, kelestarian alam sekitar, dan sosio-ekonomi, dengan pemantauan dari IDR untuk memastikan keselarasan dengan hasrat kerajaan negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030.”
“Konsep ekonomi donat ini akan disesuaikan dengan konteks dan persekitaran unik bandar raya ini. Setakat ini, sebanyak 80 projek telah dikenal pasti pelaksanaannya secara berperingkat di Ipoh,” katanya kepada Sinar Harian.
Tambah Dr Zulqarnain, teori ekonomi donat bukanlah tentang mencipta idea baharu, tetapi lebih kepada ekonomi kitaran yang menggalakkan pembangunan sedia ada dengan mengambil kira aspek kemanusiaan.
Katanya, sebagai bandar raya pertama di Asia yang mengaplikasikan teori tersebut, bandar raya Ipoh akan dinilai dari segi kesesuaian elemen dalam ekonomi donat secara menyeluruh sebelum dilaksanakan dengan program-program khusus yang mampu memperkukuhkan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
“Inisiatif ini berakar dari keinginan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin untuk melihat Ipoh sebagai Bandar Ekonomi Donat mencapai kejayaan lebih awal sebelum tahun 2027. Oleh itu, SIBED akan terus menyelaraskan data yang ada serta bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk melaksanakan program-program yang telah dirancang,” ujarnya.
Dalam konteks global, konsep bandar ekonomi donat katanya telah dilaksanakan di beberapa bandar raya ternama seperti Amsterdam di Belanda, Brussels di Belgium, Berlin (Jerman), Melbourne dan Sydney (Australia, Oxford dan Birmingham masing-masing di United Kingdom.
Flagship ke-15 Pelan Perak Sejahtera 2030 ini mempromosikan ekonomi kitaran yang tidak hanya mengambil kira kelestarian alam sekitar, tetapi juga keadilan sosioekonomi, urus tadbir yang bak dan kesesuaian dengan konteks tempatan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa import juga doktor2 lebih banyak kerana bakalan banyak pesakit kencing manes darah tinggi dan sewaktu dengannnya |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiber terbayang cerita "donut" yg Amyza Aznan, Shiela Rusli berlakon tu.. Sambil jerit Donutttt ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Bandar ekonomi donat ni apa maksudnya? Iols malas nk gugel
|
|
|
|
|
|
|
|
Langkah awal transformasi Malaysia menjadi superpower ekonomi dunia ... |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 9-12-2023 09:06 PM
Tetiber terbayang cerita "donut" yg Amyza Aznan, Shiela Rusli berlakon tu.. Sambil jerit Donutttt
Normang hakim yg lembut2 tu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 9-12-2023 10:19 PM
Normang hakim yg lembut2 tu kan?
haah.. Fizz Fairuzz lak jadi adik Amyza Aznan.. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 9-12-2023 09:53 PM
Bandar ekonomi donat ni apa maksudnya? Iols malas nk gugel
secara ringkasnya.. mcm ni kot donutnya
The doughnut shape comes from the integration of two limits :
⦁ an inner limit – the social foundation – that represents the basic needs for any human being that must be satisfied (hunger, thirst, illiteracy, etc…).
⦁ an outer ring – the ecological ceiling – that we should not cross in order to preserve our environment from degradation (climate change and biodiversity loss).
![](https://bonpote.com/wp-content/uploads/2022/07/doughnut-simplified-version.png)
Simplified version of the doughnut : a safe space within social and environmental limits (figure from “Wiedmann, T., Lenzen, M., Keyßer, L.T. et al. Scientists’ warning on affluence. Nat Commun 11, 3107 (2020)”. https://doi.org/10.1038/s41467-020-16941-y)
sumber: bonpote.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 9-12-2023 10:24 PM
secara ringkasnya.. mcm ni kot donutnya
The doughnut shape comes from the integration of two limi ...
Tak membantu la penerangannya.. walopon dah ada gambarajah, iols tetap tak paham..
Camne deme nak buat bandar ekonomi donut? |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 9-12-2023 10:32 PM
Tak membantu la penerangannya.. walopon dah ada gambarajah, iols tetap tak paham..
Camne deme nak ...
ntah..
tapi esok nak try la baker's cottage punya donut
![](https://thebakerscottage.com/Uploads/Product/m/Product-1697789610-7695-Spider_web_chocolate.jpg)
beli sekali dgn ayam panggangnya
![](https://thebakerscottage.com/Uploads/Product/m/Product-1669713873-7291-roast_chicken.png) |
|
|
|
|
|
|
|
Baca je malas fahamkan, hujung2 ckp tarak serupa bikin sama konsepnya sblm2 ini |
|
|
|
|
|
|
|
akak suka bagel, sapu dgn cream cheese lagi sedap. |
|
|
|
|
|
|
|
Donat gula jugak yg sedap pada iols... Classic giteww. Tekak dah x boleh terima donat ala2 big apple n Dunkin.. cepat muak. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 10-12-2023 12:23 AM
akak suka bagel, sapu dgn cream cheese lagi sedap.
Bubuh smoked salmon... dappp.. |
|
|
|
|
|
|
|
virgocircus replied at 10-12-2023 12:40 AM
Donat gula jugak yg sedap pada iols... Classic giteww. Tekak dah x boleh terima donat ala2 big apple ...
Minggu lepaih iols beli dankin donat.. rupanya masuk list boikot.. iols tak prasan.. |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 9-12-2023 10:52 PM
ntah..
tapi esok nak try la baker's cottage punya donut
Iols suka portuguese egg tarts deme.. ayam panggang pun sedap |
|
|
|
|
|
|
|
big apple donut hanya ada di malaysia dan kemboja |
|
|
|
|
|
|
|
Ekonomi donut ni mcm circular economy kot. Lebih clean & sustainable |
|
|
|
|
|
|
| |
|