CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30516|Reply: 11

[Jenayah] Pemandu Bezza tular dikejar polis dipenjara sebulan, denda RM10,000

[Copy link]
Post time 8-12-2023 03:10 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu Bezza tular dikejar polis dipenjara sebulan, denda RM10,000



B Anbarasan (kiri) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam. - NSTP/ FARIS FUAD


PETALING JAYA: Pemandu Perodua Bezza dalam video tular dikejar 28 kereta peronda polis (MPV) dihukum penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan memandu secara melulu dan menghalang tugas penjawat awam.

Hukuman ke atas B Anbarasan, 27, diputuskan Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha, selepas tertuduh yang bekerja sebagai pemandu lori mengaku salah atas pertuduhan berkenaan.

Tertuduh yang diarah menjalani hukuman penjara mulai hari ini turut hilang kelayakan untuk memandu selama lima tahun dan akan dipenjara lapan bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Anbarasan didapati memandu Perodua Bezza dengan melulu yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri dan pengguna kenderaan lain di Jalan Utara, di sini, jam 1.30 pagi, Selasa lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan boleh dihukum di bawah akta sama.

Lelaki itu juga berdepan tuduhan menghalang penjawat awam iaitu anggota polis, Koperal Mohd Faizal Sulong daripada menjalankan tugasnya di tempat, waktu dan hari sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara hingga dua tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.

Anbarasan yang tidak diwakili peguam merayu hukuman minimum atas alasan menjadi penanggung utama keluarga termasuk seorang anak berusia setahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Sofea Jaysal, bagaimanapun memohon hukuman wajar dan setimpal mengambil kira faktor kepentingan awam, apatah lagi menghalang tugas penjawat awam kesalahan serius dan memandu kereta dengan memecut laju membahayakan orang awam.

Dalam pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen, Anbarasan dan isteri, M Rishlani, 21, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Faiz Dziyauddin, atas tuduhan memiliki senjata berbahaya.

Kedua-dua mereka didapati memiliki sebilah pisau tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, pada waktu dan hari sama.

Kesalahan didakwa mengikut 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hakim membenarkan pasangan suami isteri itu masing-masing diikat jamin RM5,000 serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan iaitu perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga kes selesai.

Hakim menetapkan 16 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan pemandu Perodua Bezza yang melarikan diri sebelum dikejar 28 MPV sejauh kira-kira 50 kilometer (km), memiliki 11 rekod lampau.

Selain enam rekod kes jenayah, empat lagi berkaitan dadah dan satu rekod masih dikehendaki bersabit kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Polis turut menemui pisau, gunting, sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan individu lain dan kad debit dalam kereta ketika membuat pemeriksaan lanjut selepas kenderaan itu ditahan di Bulatan Taman Tasik, Cyberjaya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... bulan-denda-rm10000

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 03:20 PM | Show all posts
Sebulan ja dapat makan free? Mana cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 04:15 PM | Show all posts
mesti masa adegan kejar mengejar tu bising dalam kereta dia kan..
dey amma pundey va va va..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
10k je? X berbaloi 30 biji kejar + brp biji kenderaan awam yg rosak
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
la i ingt mcm utk iklan je..rupanyaa real...
kes apa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut plg kurang penjara setahun denda 100k..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa sampai 28? Bkn 12.... 16 ke?
Byk betul. Kira oklah berbaloi.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk penjara tak payah bayar api air petrol roadtax bagai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebulan je kena penjara, dah ada tanda nk pecah rmh org atau nk merompak, boleh biar bebas lepas sebulan, lepas tu pegi merompak pulak. Tu yg 11 lagi kesalahan jenayah mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 8-12-2023 04:15 PM
mesti masa adegan kejar mengejar tu bising dalam kereta dia kan..
dey amma pundey va va va..

Adoii..terhibur iols bc komen sis...haha..ngan bunyi siren lagi..mmg bingit la...dalam dan luar kereta...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 8-12-2023 06:38 PM
10k je? X berbaloi 30 biji kejar + brp biji kenderaan awam yg rosak

sb denda tu yg sikit...cam kad kuning pertama dlm bola..cuba itu kalo hukum....
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut kena sebat jugak tambi celaka ni
Kecik2 taknak mampos! Dah besar menyusahkan orang. siap menyamun lagi tu
Jangan ingat dia akan seriklah lepas kluar penjara nnt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.055109 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list