CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25453|Reply: 8

Datin Maria Arshad Masuk ICU- Hidap Sakit Misteri? Pernah Berubat Secara Tradisional

[Copy link]
Post time 8-12-2023 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Datin Maria Arshad, 65, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta kerana masalah kekurangan garam, jam 5 pagi tadi.


Menurut Sharifah Shahirah, 48, atau Shiera, ibu mentuanya itu mengadu sakit urat dan tidak boleh mengangkat tangannya yang lemah pada Isnin lalu.


Foto: Harian Metro




"Selain sakit urat dan sakit belakang, berat badan mama memang turun mendadak sebanyak 48 kilogram selepas dijangkiti virus Covid-19 sebelum ini.


"Namun, selepas dibawa buat pemeriksaan di pusat perubatan swasta, doktor beritahu mama tiada sebarang penyakit kronik dan hanya kurang garam dalam badan sahaja," katanya kepada Harian Metro.


Mengulas keadaan pelakon era 80-an itu. kata Shiera, ibu mentuanya kini dalam keadaan sedar tapi tidak boleh bercakap serta dalam pemantauan rapi oleh doktor di wad ICU.


"Mama mengadu sakit lagi jam 2 pagi tadi dan makan pun muntah semula. Kami adik beradik juga membacakan surah Yassin kerana mama mengadu sakit tanpa henti dan seperti diserang sawan.


"Anak perempuan saya juga menghubungi Ambulans dan mama juga terus dimasukkan ke wad ICU pagi tadi," katanya.


Kata Shiera, ibu mentuanya hanya pernah dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus Covid-19 sebelum ini.


"Selain Covid-19, mama memang tidak pernah dimasukkan ke wad kerana penyakit lain.


"Setakat ini, mama memang sihat sahaja dan tidak ada menghidap sebarang penyakit kronik seperti jantung dan sebagainya kerana dia sangat menjaga kesihatan.


"Kalau ubat pun dia hanya pernah makan ubat tahan sakit dan tampal koyok sahaja," katanya.


Diminta mengulas dakwaan sama ada ibu mentuanya itu menghidap sakit misteri pula, kata Shiera, dia enggan mengulasnya.


"Selain berjumpa doktor, kami memang ada membawa mama berjumpa ustaz untuk berubat secara tradisional.


"ada masa sama, saya mewakili seluruh ahli keluarga memohon semua peminat dan orang ramai sama-sama mendoakan kesembuhan mama dengan segera," katanya yang tidak dapat menahan sebak. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 08:43 PM | Show all posts
semoga sembuh lekas hendaknya...
jaga makan pun penyakit pelik2 dapat skrg ni ye...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
kurang garam mmg badan lemah muntah2
ckp pun mcm awang awangan
moga maria arshad cepat sembuh & sihat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 08:19 AM | Show all posts
pujanggacinta replied at 9-12-2023 01:49 AM
kurang garam mmg badan lemah muntah2
ckp pun mcm awang awangan
moga maria arshad cepat sembuh & siha ...

betul...hypnotraemia akibat sodium rendah
bnyk sgtt garam bahaya, tak cukup garam pun bahaya

semoga Maria Arshad cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 11:52 AM | Show all posts
semoga tidak lah sekadar jaga makan tapi makan segala jamu ubat yang menantu dok promote tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2023 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga cepat sembuh makcik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru 65 ke... ingatkan dh 70 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2023 06:28 AM | Show all posts
semoga cpt sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2023 08:59 AM | Show all posts
nenek ni pandai tul jaga badan ekk.. Aku pnh tnmpak dia kt satu event. Mak aiiii tkejut aku. Pakai cam org muda belia  . Dgn seluar tuck in nya. Ya Allah . Tkesima aku hahahha. Waktu tu umur dia dlm 55th. Sbb time tu 2013 tak silap aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.128997 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list