CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14114|Reply: 0

[Perlis] Tiga pengarah syarikat ditahan polis kerana dalangi pelaburan hartanah tidak sah

[Copy link]
Post time 8-12-2023 12:54 PM | Show all posts |Read mode
Tiga pengarah syarikat ditahan polis kerana dalangi pelaburan hartanah tidak sah


Oleh Aizat Sharif - Disember 8, 2023 @ 12:48pm  bhnews@bh.com.my




Ahmad Mohsin meninjau sebahagian daripada barang-barang dan dokumen yang dirampas polis susulan tangkapan empat suspek




ARAU: Polis membongkar satu kegiatan pelaburan hartanah tidak sah selepas menahan empat individu termasuk tiga pengarah syarikat di sekitar Arau di sini sejak semalam.

Penahanan suspek berusia 30 hingga lewat 50 tahun itu dilakukan dalam tiga serbuan, termasuk di pejabat operasi syarikat pelaburan hartanah itu yang terletak Medan Pekan, Arau, di sini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Ahmad Mohsin Md Rodi, berkata serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat oleh seorang pekerja kilang di Balai Polis Kangar pada 8 November lalu.

"Mangsa berusia 31 tahun mendakwa diperdaya apabila ditawarkan oleh ejen pelaburan dalam satu skim pelaburan hartanah yang menjanjikan keuntungan dividen yang tinggi setiap bulan dengan menggunakan konsep sewa atas sewa.

"Malah, mangsa mendakwa pada mulanya, dia memang memperoleh dividen yang dijanjikan, namun beberapa bulan setelah itu dia langsung tidak mendapat pulangan pelaburannya itu semula.

"Lantas, mangsa membuat laporan polis kerana berasa tertipu dengan janji yang ditawarkan syarikat pelaburan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di Medan Pekan, di sini hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, susulan laporan polis itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis membuka tiga kertas siasatan membabitkan syarikat pelaburan hartanah berkenaan.

"Sebanyak tiga kertas siasatan ini membabitkan kerugian sebanyak RM39,000 dan kita dapati ia tidak mempunyai kebenaran beroperasi daripada Bank Negara Malaysia.

"Susulan itu kita melakukan serbuan di tiga premis termasuk pejabat operasi syarikat pelaburan hartanah ini di sini (Medan Pekan Arau).

"Tiga pengarah syarikat ini termasuk seorang wanita ditahan di dua premis berasingan di sekitar Arau, manakala seorang lagi yang bertindak sebagai ejen ditahan di pejabat operasi syarikat.

"Dalam serbuan di pejabat operasi syarikat ini, kita percaya kerugian yang dialami pelabur mungkin lebih daripada RM39,000 berikutan penemuan 1,255 fail butiran pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati syarikat ini turut mempunyai cawangan di sekitar kawasan utara di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

"Pelaburan yang ditawarkan adalah membabitkan pelbagai hartanah di seluruh negara selain pelaburan dari segi pengurusan fasiliti dan pertanian.

"Berdasarkan aduan daripada mangsa di Perlis ini, mereka mendakwa pihak pengurusan memberi pelbagai alasan untuk tidak membayar semula dividen pelaburan yang dilaburkan itu," katanya.

Ahmad Mohsin berkata, pihaknya merampas lima set komputer, pelbagai fail butiran pelabur dan buku cek daripada serbuan dilakukan.

"Salah seorang daripada pengarah berkenaan kini dihantar ke IPK Pulau Pinang untuk selanjutnya manakala suspek lain masih ditahan di Perlis.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.059242 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list