|
Neelofa bersimpati dengan Kaka Azraff yang dikecam teruk selepas lantang bersuara mengenai isu Palestin di media sosial.
Namun dia bangga dengan pendirian Kaka yang teguh memperjuangkan nasib penduduk Palestin yang ditindas Israel.
Foto: IG
"Sudah tentu saya kasihan dengan apa yang berlaku terhadap Kaka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, saya berbangga kerana dia teguh dengan pendirian bersuara demi Palestin.
"Sebab kalau kita lihat, bukan sahaja Kaka, figura antarabangsa yang lebih besar seperti pengasas Huda Beauty lantang di media sosial. Malah sehingga sekarang, dia masih melakukan perkara sama dan tidak pandangannya tidak berubah,"katanya seperti dipetik di OhBulan.
Neelofa menyatakan pasti ada ganjaran besar yang menanti Kaka di masa akan datang.
"Saya percaya, jika Kaka menerima kecaman pihak sana, saya tidak terkejut kerana mereka sudah melakukan perkara serupa kepada orang lain.
"Tapi untuk Kaka berseorangan melalui situasi itu, saya simpati dengan dia, tapi saya percaya khazanah Allah sangat luas dan besar. Pasti ada sesuatu hikmah baik untuk Kaka di masa hadapan, insya-Allah."
Terdahulu, Kaka telah diserang oleh kumpulan penyokong dipercayai dari Israel yang menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana solidariti terhadap saudara seagama di Gaza.
Penyanyi berusia 33 tahun turut disenaraikan dalam ‘Jew Hate Database’ menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG) milik akaun @jewhatedb.
Susulan itu, ibu kepada tiga cahaya mata telah ditamatkan kontrak daripada menjadi artis naungan label syarikat, Warner Music Malaysia bermula 1 Disember lalu. -CARI
|
|