CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10620|Reply: 21

[Tempatan] Netizen Puas Lihat KPDN Melaka Serbu Kedai Runcit Sorok Minyak Masak Dan Gula

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 10:57 AM | Show all posts |Read mode


Sejak akhir-akhir ini sering kali kita membaca dan mendengar rungutan segelintir pengguna yang memaklumkan minyak masak dan gula bersubsidi sukar untuk didapatkan.

Isu yang berlaku sekaligus membuatkan orang ramai hairan mengenai punca ‘ketiadaan’ barangan asas ini dalam pasaran.

Menerima rungutan dan aduan daripada orang ramai, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Melaka memilih untuk menyerbu secara mengejut kedai yang didakwa menyorok minyak masak dan gula untuk dijual kepada orang ramai.




Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat pegawai KPDN Melaka ini pada awalnya menyamar sebagai orang awam untuk membeli minyak masak paket dan juga gula bersubsidi.

Walau bagaimanapun, pekedai yang merupakan warga asing memaklumkan minyak masak paket dan gula bersubsidi di kedai yang dijaga sudah habis.

Pihak KPDN kemudiannya telah menyerbu stor kedai tersebut dan mendapati jumlah minyak masak paket belum terjual masih berkotak-kotak. Begitu juga dengan gula bersubsidi yang masih banyak disimpan.


Apabila disoal, pekedai ini memaklumkan mereka sengaja menyimpan bagi tujuan untuk dijualkan kepada pemilik restoran. Serbuan yang dibuat terhadap dua kedai ini mendapati kedua-duanya menjalan modus operandi yang sama.

Lebih mengejutkan, pemilik kedai runcit ini merupakan warga Bangladesh yang sekaligus membuatkan orang ramai mempersoal bagaimana warga asing dengan mudah dapat membuka kedai di negara ini.




Serbuan mengejut yang dibuat berdasarkan bukti video KPDN Melaka telah mendapat pujian daripada para netizen.

Rata-rata netizen memaklumkan mereka puas melihat serbuan seperti ini dilakukan dan mengharapkan KPDN negeri lain dapat melakukan perkara yang sama bagi membanteras isu sorok minyak masak dan gula ini.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la. Kadang2 kita kena menunjuk buat kerja. Aku pon baru belajar "skill" ni tahun ni sebab bengang orang asyik ambik credit apa yg aku dah develop.
Yg kpdnkk melaka ni ada sorang staff dalam video muka macam pelakon "aku Posmen"
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 11:22 AM | Show all posts
Dari dulu lagi aku peratikan KPDN Melaka aje yg pro aktif. Negeri2 lain..???
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
serbu jangan tak serbu
lepas ni negeri lain pulak ikut
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:21 PM | Show all posts
geng-geng bangla jual owner orang Malaysia. Barang subsidi jual kat orang2 Bangla. Orang kita beli yang mahal. Dah terbalik ke apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:42 PM | Show all posts
Bangla boleh duduk barisan hadapan? bukan Bangla hanyak kerja di peladangan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 02:46 PM | Show all posts
shamsadis replied at 8-12-2023 02:42 PM
Bangla boleh duduk barisan hadapan? bukan Bangla hanyak kerja di peladangan?

ahh xboleh encik nti kelapa sawit siapa nak kerja - kompeni kelapa sawit
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:49 PM | Show all posts
tungkai replied at 8-12-2023 11:22 AM
Dari dulu lagi aku peratikan KPDN Melaka aje yg pro aktif. Negeri2 lain..???

sebelum nie dalam belah negeri Perak pun ada video serbu begini. isu samada sembunyi minyak masak paket atau gula juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 02:54 PM | Show all posts
bagus juga lantik abang topi tu jadi perdana menteri malaysia yang ke 11
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cashier kedai tu 3D ke sampai nk kena import lg byk bangla baru?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:17 PM | Show all posts
foreigner boleh ada lesen berniaga ke ek?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:24 PM | Show all posts
Kan aku dah kata hapuskan sabsidi ko degil.

Diam!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai runcit dkt apartment iols pun org dri India... Dh la dinaik kn rege gula n minyak paket.. Mmg skali tu je iols p.. Baik aku beli kt mydin
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 8-12-2023 11:22 AM
Dari dulu lagi aku peratikan KPDN Melaka aje yg pro aktif. Negeri2 lain..???

boleh celita maaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 8-12-2023 03:17 PM
foreigner boleh ada lesen berniaga ke ek?

MSIA VOLEH...apa perlu pakai lesen???
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 8-12-2023 02:21 PM
geng-geng bangla jual owner orang Malaysia. Barang subsidi jual kat orang2 Bangla. Orang kita beli y ...

Msia Vole la...lagi u worang mau heran ka???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 04:20 PM | Show all posts
Skuau replied at 8-12-2023 03:40 PM
MSIA VOLEH...apa perlu pakai lesen???

hhihih...betul juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 05:19 PM | Show all posts
"membuatkan orang ramai mempersoal bagaimana warga asing dengan mudah dapat membuka kedai di negara ini."

Soalan cliche

Nak aku tolong jawab? Sebab ko lemah la! Lemahhh faham?


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:01 PM | Show all posts
Great work ! Thanks for sharing.aws sysops certification
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kedai aceh jual minyak paket RM3
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.099860 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list