CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13228|Reply: 38

[Tempatan] Selain ‘Hantu’, Forest City Johor Kini Dihuni Binatang Buas

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 10:43 AM | Show all posts |Read mode



Forest City Johor bandar futuristik yang menjanjikan pelbagai kemodenan sambil menekankan alam sekitar adalah antara projek yang tidak dapat disiapkan disebabkan beberapa faktor telah sering menjadi tajuk utama berita tempatan.

Dari cerita sebuah video YouTube TopLuxury yang menggelarkan projek ini sebagai ‘tidak berguna’ dan kisah seorang wartawan Myanmar yang menceritakan pengalaman tinggal di ‘Bandar Hantu Forest City’.

Terbaharu, melalui perkongsian Lad Bible, Nazmi Hanafiah, seorang jurutera IT yang berpindah ke Forest City, memberitahu Beeb bahawa sepanjang enam bulan tinggal di sana pengalamannya ‘menyeramkan’ dan tiada apa yang boleh dilakukan di sana.

Tambah laporan itu lagi, Forest City sebenarnya memberi pengunjung masa untuk ‘healing’ sambil berjalan-jalan menaiki tangga ke kawasan sekitar yang sunyi dan tiada orang. Selain itu, beliau turut memberi amaran agar tidak masuk ke dalam air, kerana kawasan itu kini sudah dihuni dengan buaya.

Untuk rekod, Forest City merupakah hartanah serba mewah dan elit yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Datuk Seri Najib Razak dan diperkenan oleh Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail.

Ia terletak di Mukim Gelang Patah, Johor dan mempunyai keluasan sehingga 1,370 hektar. Diumumkan pada tahun 2006, projek itu diletakkan di bawah China’s Belt and Road Initiative dan dijangka siap pada 2035 dengan kos sebanyak USD$ 100 bilion.

SUMBER
Lad Bible


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah laporan itu lagi, Forest City sebenarnya memberi pengunjung masa untuk ‘healing’ sambil berjalan-jalan menaiki tangga ke kawasan sekitar yang sunyi dan tiada orang…sikit-sikit healing
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat tempat shooting filem zombie la bagus
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Binatang buas terus terbayang rimau duduk situ..rupanya boya

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Encik Nazmi tak main golf ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:26 PM | Show all posts
buat safari la situ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 12:27 PM | Show all posts
aku ingatkan dah ada orang duduk.. jual jelah murah2 ada juga orang duduk
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
"Forest City Johor bandar futuristik"

last2 nan hadooo..buat tempat tidur hantu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Developer nak ke letak rege murah bagi geng b40 duduk atau biarkan mereput bagi hantu n haiwan liar check in
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan sunyi jauh dari bising ni elok buat tmpt tahfiz aja..dari ada iklan minta derma nk buat tahfiz..elok guna infrastruktur yg ada. Tukarlah bandar forest city ke bandar Quran ka..ada juga saham akhirat nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:43 PM | Show all posts
tukar la jadi studio filming

Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:44 PM | Show all posts
bila buat perancangan dari sumber tak halal, sekadar menambah cadangan
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm menarik je kalau jadi betu “FOREST” city
which dihuni oleh haiwan2

ala2 zootopia gituuu

nampak ….. terpengaruh filem

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya lahai
Asalnya nak buat untuk bangsa mainland kan
Tu pasal harga mahal nak mampus
Last2 nan Hado..baiklah jual murah2 under rm300k supaya ramai rakyat jelata boleh duduk dan memeriahkan
Dari ko rugi terus abandon
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak la Rohingya, Palestin,Syrian kat situ macam Pulau Badong yg pelarian Vietnam duduk dulu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tp br ni pmx ade nak buat inisiatif br utk penuhkan warga singapore atau expat lain tmasuk pkerja msia di spore utk forest city ni. Sultan Johor pun nanti bkl jd Agong da ade plan dgn agency kjaan utk bg lenient program mm2h utk expat. boleh la penuh tu tp amik mass sket, skrg rasenye da ade 7000 org tinggal kat situ, da mcm sunyi xsunyi dah skrg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Cth binatang buas yg dok situ apa?beria sgt term binatang buas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Dun worry uols.. tak lama lagi penuh la.. singapork pakat beli rumah kat gelang patah.. expats singapork pun dah pakat duk situ huntong lagi katanya dari menyewa kat singapork.. sebab tu rumah kat jb tak turun2
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang nampak cam pokok menjalar sampai ke atas bangunan tu memang design lagu tu ka atau sebab dah lama terbiar jadi pokok pun naik menjalar
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
damian_lee replied at 8-12-2023 06:51 AM
mcm menarik je kalau jadi betu “FOREST” city
which dihuni oleh haiwan2





https://youtu.be/4aUC1VZQE1E?feature=shared
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.145801 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list