CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8575|Reply: 39

[Tempatan] Brilliant idea! Bina terusan dari Pulau Pinang ke Kelantan

  [Copy link]
Post time 8-12-2023 09:19 AM | Show all posts |Read mode


BUKAN idea gila cadangan membina terusan bagi membolehkan kapal belayar dari Pulau Pinang ke Kelantan. – GAMBAR HIASAN/AMIR IRSYAD OMAR

SAUDARA PENGARANG,

PERDANA Menteri Thailand, Srettha Thavisin baru-baru ini membangkitkan semula idea projek bernilai RM131 bilion bagi membina pelabuhan baharu Ranong di barat dan Chumphon di timur negara itu yang akan dihubungkan melalui jambatan darat sama ada landasan kereta api atau lebuh raya.

Idea Jambatan darat itu adalah satu cadangan luar biasa yang boleh memberi impak besar kepada negara jiran seperti Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Pada asalnya kerajaan Thailand ingin membuat terusan di Segenting Kra untuk menghubungkan laluan laut dari barat ke timur negara itu, namun kemungkinan disebabkan faktor-faktor tertentu seperti kos dan kesan kepada flora dan fauna, cadangan terusan tersebut digantikan dengan jambatan darat.

Manfaat daripada pembinaaan infrastruktur ini seperti yang dinyatakan oleh Thailand adalah pengurangan masa perjalanan lebih kurang empat hari dan pengurangan kos 15 peratus.

Cadangan daripada Thailand ini mendapat perhatian di Parlimen Singapura. Namun, negara itu tidak risau kerana sedang membina Pelabuhan Tuas yang akan mengintegrasi semua pelabuhan di Singapura.

Ia akan beroperasi secara automasi sepenuhnya dan apabila siap dan menjadi pelabuhan terbesar di dunia dengan kapasiti 65 juta unit bersamaan 20 kaki (TEU). Soalnya, apakah strategi Malaysia?

Sekiranya Thailand membuat jambatan darat tersebut, saya berpandangan ada kewajaran Malaysia membina terusan menghubungkan Pulau Pinang ke Kelantan. Ini dapat memberi laluan kepada kapal-kapal untuk meneruskan perjalanan dari barat ke timur dan sebaliknya.

Kemudahan pelabuhan di Pulau Pinang hendaklah dinaik taraf supaya memenuhi keperluan syarikat-syarikat perkapalan. Di Kelantan, pelabuhan Tok Bali boleh ditambah baik.

Langkah ini boleh menjadi pengubah keadaan di rantau ini. Terpulanglah kepada kerajaan menjalankan kajian kebolehlaksanaan pembinaan terusan tersebut.-UTUSAN


MOHAMAD FAISAL HAFIZ MOHAMED RAMLI
Pegawai bahagian dasar dan penyelidikan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong tanah ikut sempadan msia siam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Singaporn abisss finishinggggggggg... Lopes ni singa kena jajah polong pinang le plk
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingt dekat ke kak nak potong Penang ke Kelantan. Silap hb berlaku tanah runtuh abeh tenggelam semenanjung malaysia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cadangan x msuk akal setanding jambatan melaka - indonesia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 12:48 PM | Show all posts
Jarak dari Pulau Pinang ke Kelantan (coast to coast) adalah lebih 300km. Panjang Terusan Suez adalah 190km dan Terusan Panama 80km. Cadangan2 Terusan Segenting Kra Thailand ada beberapa cadangan yang kesemuanya berjarak dari 50km ke 135km. Laluan Pulau Pinang-Kelantan ni ada Banjaran Titiwangsa di tengah.

Pembinaan Panama Canal yang menghadapi kawasan berbukit yang lebih rendah pun menghadapi pelbagai cabaran sama ada locks yang lama (Miraflores dan lain2) mahupun yang baru (Cocoli dan lain2). Saya pernah melawat dan meninjau Miraflores dan Cocoli secara dekat dalam lawatan yang diatur oleh Panama Canal Authority. Tidak mudah untuk membina dan mengendalikan terusan apatah lagi cadangan terusan Pulau Pinang-Kelantan yang jauh lebih panjang dan rumit muka buminya.

Kos yang terlibat pastinya amat besar. Sedangkan Terusan Segenting Kra yang jauh lebih pendek pun tak mampu dibina sebab kos terlalu tinggi. Perlu juga ingat bahawa Terusan Suez mengelakkan pelayaran di sekeliling seluruh benua Afrika dan Terusan Panama mengelakkan pelayaran di sekeliling seluruh benua Amerika Selatan. Terusan Pulau Pinang-Kelantan yang dicadangkan ni hanya nak elak pelayaran sekeliling sebahagian Semenanjung Malaysia yang hanya berapa km kalau dibandingkan dengan benua2 tu. Dah tentu kena caj yuran pelayaran yang tinggi kalau nak lalu terusan tu sebab kos nak bina tu tinggi. Dah tentulah kapal2 pilih untuk lalu saja Selat Melaka macam biasa. Lagipun dah ada kemudahan2 yang bertaraf dunia seperti Port Klang, PTP dan Port of Singapore di sepanjang perjalanan yang pendek tu.

Pada saya, cadangan Terusan Pulau Pinang-Kelantan ni tidak feasible dari semua segi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2023 01:26 PM | Show all posts
sskjp akan maju sehebat korea n jepang insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:39 PM | Show all posts
Daripada buat terusan baik buat landasan keretapi dari Penang Port ke Tok Bali Kelantan untuk angkut Kontena dan teruskan pelayaran guna kapal lepas tu. cepat pun cepat jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa tindakan singapore atas perkembangan terkini kes ni?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cadangan bodoh...so apa guna gomen buat ECRL tu kalo bukan utk angkut kontena
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:54 PM | Show all posts
pergi la sabotaj segenting kra tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
mustahil..ada tulang belakang semenanjung di tengah2  tu
kau nak korek banjaran titiwangsa ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:40 AM | Show all posts
sekngucing replied at 8-12-2023 02:55 PM
mustahil..ada tulang belakang semenanjung di tengah2  tu
kau nak korek banjaran titiwangsa ke

i like the word 'tulang belakang segenting kra' tu..nampak bijak.. dan memang bijak.. dorg lupa kita ada banjaran2 gunung tengah2 semenanjung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 07:49 AM | Show all posts
ni bukan cadangan,ni perli je
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut lah nak potong bukit2 hutan2 buat terusan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Selatan Thailand tu terpisah dari Thai kalau buat cmni.. risiko benda ni berlaku amat besar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2023 08:24 AM | Show all posts






biar gambar berbicara...



.

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mau..nanti kerajaan lobai kaya susah nanti kata abu bin bakar,acai dapig
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 09:02 AM | Show all posts
brilien? ke bodow...

tengok lah muka bumi lagumana yg nak buat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2023 09:09 AM | Show all posts
Cadangan jer dahulu barangkali untuk tengok respon...

.. walaubagaimanapun, sekiranya tak dapat dibuat kerana kos yang sangat tinggi, persiapkan projek untuk buat pelabuhan diperlis atau kelantan.. kapal-kapal lebih mudah untuk singgah disitu dari turun ke pelabuhan klng atau singapura. apa pun kerajaan malasyia mesti alert dan bertindak secara proaktif sekiranya thailand benar-benar laksanakan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.338037 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list