CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28103|Reply: 0

[Selangor] Tabung Haji keluar surat tawaran haji tahun 2024 tidak lama lagi

[Copy link]
Post time 7-12-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode

PARA jemaah haji melambai kepada ahli keluarga sebelum bertolak ke KLIA di Kompleks Tabung Haji KLIA Sepang. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA



PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan mengeluarkan surat tawaran menunaikan ibadah haji bagi tahun 1445 H / 2024 Masihi  sedikit masa lagi.

Pengarah Eksekutif Haji Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, mereka yang mahu menunaikan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) perlu menunggu sehingga mendapat surat tawaran sebelum menyerahkan sebarang wang deposit.

“Bakal haji yang berhasrat menunaikan haji melalui PJH diminta untuk tidak menyerahkan sebarang wang deposit kepada syarikat sekiranya belum menerima surat tawaran menunaikan haji.

“Insya-Allah, surat tawaran menunaikan haji akan dikeluarkan sedikit masa lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebanyak 25 syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikat Tabung Haji, Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) menerima lesen untuk beroperasi sebagai PJH bagi Musim Haji 1445H / 2024M.

Syed Saleh berkata, pelantikan 25 PJH tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi Musim Haji 1445H yang dikendalikan Tabung Haji setiap tahun.

“Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya syarikat pelancongan yang tidak mempunyai lesen PJH menawarkan pakej haji serta mengelola perkhidmatan haji kerana tindakan itu melanggar Seksyen 27, Akta Tabung Haji 1995, Akta 535.

“Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, Tabung Haji sekali lagi ingin mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa mendapat kelulusan daripada Tabung Haji boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta tersebut,” katanya.

Tahun ini, Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota Jemaah Haji Malaysia yang merupakan jumlah kuota penuh seperti mana yang diluluskan pada musim haji yang lalu.

Dalam kenyataan sama, Tabung Haji berharap orang ramai sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak mahu kes yang sama berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini di mana ada jemaah haji terkandas akibat ditipu oleh syarikat tidak berlesen yang menawarkan perkhidmatan pakej haji.

“Sebagai peringatan tambahan, rakyat Malaysia hendaklah patuh kepada peraturan Kerajaan Arab Saudi iaitu mengerjakan haji menggunakan visa haji dan tidak menggunakan visa pelancong yang salah dari sisi peraturan Arab Saudi demi menjaga keselamatan jemaah sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

“Semua wakil PJH pada majlis tersebut diberi taklimat mengenai terma dan syarat Perkhidmatan Pakej Musim Haji 1445H/2024.

“Senarai PJH yang menerima lesen ini boleh disemak di laman web rasmi Tabung Haji (http://www.tabunghaji.gov.my),” tambah kenyataan itu. -UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... 24-tidak-lama-lagi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.040626 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list