CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5443|Reply: 0

[Kedah] Tiga sungai di Kedah melepasi paras bahaya, APM bersiap hadapi banjir

[Copy link]
Post time 7-12-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM Kota Setar memantau di Pumpong yang dinaiki air berikutan Sungai Anak Bukit di Taman Aman sudah melepasi paras bahaya. FOTO ihsan APM

Alor Setar: Tiga sungai di dua daerah di Kedah sudah melepasi paras bahaya berikutan hujan yang melanda sejak dua hari lalu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, sungai itu ialah Sungai Bata dan Sungai Padang Terap di Kepala Batas di daerah Kubang Pasu dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar.

Beliau berkata, ketiga-tiga sungai itu menunjukkan bacaan sudah melepasi paras bahaya setakat jam 10 pagi hari ini dan air semakin menaik.

"Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah sentiasa bersiap siaga dengan menggerakkan anggota untuk membuat pemantauan secara berkala di kawasan berkenaan.



"Pemantauan juga dipertingkatkan terutama berdasarkan ramalan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang meramalkan hujan di beberapa kawasan berkenaan.

"Bagaimanapun setakat ini keadaan masih terkawal," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar berkata, anggota APM Kota Setar melakukan tinjauan di kawasan Mukim Pumpong sejak malam tadi dan didapati paras air masih terkawal.

Beliau berkata, berlaku sedikit kenaikan air di kawasan kampung berkenaan tetapi masih terkawal.

"Bagaimanapun, anggota APM Kota Setar masih melakukan pemantauan hari ini di lokasi berhampiran Sungai Anak Bukit," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rsiap-hadapi-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.363998 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list