CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 0

[Kedah] Guna khidmat K9 siasat kebakaran kilang kitar semula

[Copy link]
Post time 7-12-2023 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Guna khidmat K9 siasat kebakaran kilang kitar semula

oleh SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
  07 Disember 2023   01:30pm








Kebakaran di Bukit Selambau dikesan membabitkan tiga buah gudang memproses dan menyimpan buangan elektrik dan elektronik. Gambar kecil: Awang Hidzel



SUNGAI PETANI - Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bagi siasatan ke atas kebakaran kilang kitar semula di Bukit Selambau yang tercetus sejak 3 Disember lalu.

Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, penyiasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran yang berlaku membabitkan tiga buah gudang di kawasan terbabit.



"Operasi memadam kebakaran telah tamat dan ini membolehkan Pusat Kawalan Bomba Bukit Selambau yang dibuka bagi mengendalikan kerja-kerja pemadaman telah ditutup sepenuhnya pada jam 12 tengah malam Rabu,"katanya.

Berikutan itu, operasi memadam kebakaran yang bermula Ahad dilaporkan telah mengambil masa beberapa hari, sehingga kira-kira 80 jam.



"Sebelum ini, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga telah sampai ke lokasi kejadian bagi membuat pengesanan gas namun didapati keadaan persekitaran terkawal," katanya.


Operasi memadam kebakaran kilang di Bukit Selambau dilaporkan mengambil masa beberapa hari, sehingga mencecah kira-kira 80 jam.




Menurutnya, sejak Ahad lalu tindakan operasi pemadaman dilaksanakan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, BBP Guar Chempedak, BBP Sungai Petani, BBP Kepala Batas dan BBP Kulim Hi-Tech serta bomba sukarela.

Ia melibatkan lebih 30 anggota termasuk daripada pasukan Hazmat.




Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kebakaran kilang memproses barangan kitar semula di Bukit Selambau telah mengejutkan penduduk setempat berikutan api marak selain letupan seakan-akan percikan bunga api jelas kelihatan di udara.

Berdasarkan siasatan yang dibuat Jabatan Alam Sekitar, kebakaran besar yang melibatkan tiga buah gudang itu dipercayai menjalankan kegiatan memproses dan menyimpan buangan terpakai seperti asid, bateri terpakai, sisa elektronik dan sekerap logam.

Bagaimanapun, sampel buangan elektrik dan elektronik tersebut telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Negeri Kedah untuk dianalisis.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059858 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list