CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5764|Reply: 5

[Dunia] 69 juta kanak-kanak negara kaya hidup miskin. Macam mana tu??

  [Copy link]
Post time 7-12-2023 09:17 AM | Show all posts |Read mode



BANDAR RAYA NEW YORK – Seramai 69 juta kanak-kanak di 40 negara terkaya di dunia hidup dalam kemiskinan dari tahun 2014 hingga 2021, demikian menurut Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menerusi satu laporan yang didedahkan semalam.

Jumlah itu menunjukkan bahawa lebih seorang dalam setiap lima kanak-kanak di negara-negara berkenaan hidup dalam kemiskinan.

Kira-kira lapan peratus kanak-kanak di 40 buah negara kaya Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dinilai dalam kajian tersebut.

“Ramai kanak-kanak ini mungkin membesar tanpa makanan berkhasiat yang mencukupi, pakaian, bekalan sekolah atau tempat tinggal bersamaan dengan rumah,” kata Pengarah UNICEF Innocenti, Bo Viktor Nylund.

Angka UNICEF adalah berdasarkan kemiskinan relatif iaitu sekitar 60 peratus daripada pendapatan median negara. Ia sering digunakan di negara-negara maju untuk mewujudkan tahap kemiskinan mereka sendiri.

Laporan tersebut mendedahkan bahawa Poland, Slovenia, Latvia dan Lithuania, yang bukan antara negara terkaya OECD serta EU, telah berjaya mencapai pengurangan penting dalam kadar kemiskinan kanak-kanak.

Sebaliknya, lima negara berpendapatan paling tinggi iaitu Britain, Perancis, Iceland, Norway dan Switzerland mencatatkan peningkatan signifikan bagi bilangan kanak-kanak yang hidup dalam isi rumah yang mempunyai masalah kewangan.

Britain menyaksikan lonjakan 19.6 peratus dalam kemiskinan kanak-kanak atau pertambahan setengah juta kanak-kanak, manakala kadar di Perancis pula meningkat sebanyak 10.4 peratus.

Dalam pada itu, di Amerika Syarikat, bilangan kanak-kanak miskin telah menurun sebanyak 6.7 peratus tetapi lebih seorang daripada setiap empat kanak-kanak negara itu masih hidup dalam kemiskinan relatif. – AFP

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
lah...
mujur duk malaysia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2023 05:57 PM | Show all posts
adiksha replied at 7-12-2023 04:00 PM
lah...
mujur duk malaysia



malaysia negara kaya ke.lain la jiran kita tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 7-12-2023 05:57 PM
malaysia negara kaya ke.lain la jiran kita tu

ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rashiman at 8-12-2023 06:47 PM
chacon replied at 7-12-2023 05:57 PM
malaysia negara kaya ke.lain la jiran kita tu


Malaysia negara miskin dari jiran tapi rakyatnya kaya dan hidup selesa...
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2023 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke negara maju dan kaya ni byk benefit utk anak2. Elaun sampai umur tertentu. Kalo ramai anak ibarat nya mak pak tak yah keje elaun tu boleh support dah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.065834 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list