View: 26740|Reply: 7
|
"Saya Enjoy Dengan Karier Saya," Mierul Aiman Tak Peduli Dikecam
[Copy link]
|
|
Mierul Aiman menganggap kecaman sebagai asam garam kehidupan sebagai seorang anak seni.
“Bagi saya kita sebagai pemain dalam industri ini adalah seorang pengkarya. Kita perlu mendengar kritikan atau pendapat daripada orang lain.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202312/06/185518gvgcvkmlmgsaqsgf.png) Foto: IG
“Sebab itu adalah sebahagian daripada kerja kita. Kita dalam satu pokok yang sama. Kerja kita ini akan disiarkan dalam satu skala yang sangat besar.
“Jadi bila kita mempersembahkan cerita kita dalam skala besar, kita juga terima pendapat dalam skala yang besar,” katanya kepada XTRA.
Sementara itu, Mierul berpendapat bahawa netizen berhak untuk menyuarakan pendapat mereka dan dia mengambil teguran tersebut untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
“Seperti mana yang kita belajar di sekolah, dalam apa sahaja kerja yang kita lakukan mesti akan ada pembangkang.
“Mereka mempunyai pendapat yang kukuh, mereka menyuarakan apa yang mereka fikir dan kita sebagai pemain yang mendengar perlu menerima dan reflek kepada diri kita.
“Harus tahu sama ada adakah benda itu betul atau perlu dibaiki untuk menjadikan diri kita lebih baik di masa hadapan.
“Saya enjoy dengan karier saya, saya enjoy this feel, seronok dalam padang ini, suka untuk berinteraksi dengan penonton.
“Insya-Allah dengan izinNya, kaki, tangan, karya dan jiwa saya bekerja demi industri ini,” katanya.
Terdahulu, Mierul dikecam netizen gara-gara video aksi tariannya untuk sebuah majalah terkemuka, baru-baru ini.
Selain Mierul, pelakon Amir Ahnaf juga menerima nasib yang sama apabila menari sambil mengenakan jaket denim yang menampakkan bahagian dada dan pusatnya. -CARI
Sumber: XTRA
|
|
|
|
|
|
|
|
Ting ting ting ting, gaydar ku berdeting,
Bukan ambil pusing, tapi gaydar ku berdeting.
Ha gichewww meols buatkan lagu utk ko dik.
Nih. Jovianna Mendoggy dah free tu. Masuklah daun, dik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by apedehal at 6-12-2023 07:42 PM
Ritu tertengok series high council tu sbb ank2 buah aku duk marathon citer ni..xhingin tgk sbb maleh nak hadap ke'cringe'an lakonan daiyan dlm tu but tlayan jugak..ape aku nk gitau, lakonan dak ni je yg power bbnding 2 lg tu nadhir and amir asnaf. Cuma terganggu tgk rahang dia, boleh bukak tin susu dgn jaw dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
apedehal replied at 6-12-2023 07:40 PM
Ritu tertengok series high council tu sbb ank2 buah aku duk marathon citer ni..xhingin tgk sbb maleh ...
setuju, cuma dalam 3 pelakon utama tu Nadhir paling senior so orang puji la heols lebih sikit.
Personally iols pon rasa Mierul lagi best berlakon sebab watak heols macam ada wow factor berbanding watak Nadhir yang flat sikit masa awal2.
Kahar tu pulak, kadang okay kadang nyampah ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
polished dah sikit imej heols. Helok la banding dengan haritu. |
|
|
|
|
|
|
|
herlok sangat............. |
|
|
|
|
|
|
|
Dik mierul dlm cite imam apetah tu best giler. Dia ni ada advantage dari segi PR & very articulate. Housemate ko si amir patut belajar ngan ko cara2 menjawap soklan reporters. Amir punya style bahasa kadang2 tak paham sbb suka berkias. |
|
|
|
|
|
|
|
okayyyy semoga terus enjoyyyyyyyyyyyyy |
|
|
|
|
|
|
| |
|