CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9453|Reply: 4

Azlee Senario Terkejut Didakwa Terima RM3 Juta "Gift" Dari Peminat, 'Baru 2 Minggu Buat Live'

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 04:38 PM | Show all posts |Read mode



Pelawak Azlee Senario menafikan dakwaan dirinya memperoleh gift (hadiah) sebanyak RM3 juta pemberian peminat ketika melakukan siaran langsung (live) di TikTok, baru-baru ini.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar terkejut dengan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah tidak benar.
Jelasnya, dia baru sahaja berjinak-jinak di TikTok dan dakwaan tersebut sememangnya di luar jangkaan.

"Ya Allah apalah yang sampai RM3 juta, saya baru dua minggu (buat live). Siapa punya kerja ini? Tak betul," katanya.
Azlee berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, pelawak berusia 56 tahun terbabit meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat kerana baginya perkara itu adalah tidak betul.

Bagi Azlee, sekiranya perkara tersebut tidak benar maka tidak perlu melaporkannya.

Sebelum ini, Azlee menitiskan air mata setelah diberikan pelbagai gift sewaktu melakukan siaran langsung di TikTok.

Salah seorang peminatnya memberikan pelbagai gift kepada pelawak tersebut kerana pernah menghiburkan arwah ibunya suatu ketika dahulu.

"Rezeki dari Allah.. Terima kasih abang @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah ibu tercinta saya," tulisnya pada kapsyen video tersebut.

Sementara itu, Azlee Senario ketika itu tidak senang duduk selepas mendapati dirinya diberikan pelbagai gift.

"Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..," ujarnnya sambil berpusing-pusing di ruang tamu.

Ujar Azlee dalam klip tersebut, beliau mendoakan pemilik akaun itu dimurahkan rezeki sambil menahan sebak.

"Ya Allah Shila apa benda ni, tak pernah tengok pun. Ya Allah!" katanya lagi.

Sepanjang 'live' tersebut, Azlee menerima pelbagai gift seperti berupa ikan paus, anak kucing, singa, kereta api, istana termasuk kereta api yang nilainya mencapai ribuan ringgit.

Live tersebut turut ditonton sehingga lebih 7,000 pengguna di platform media sosial berkenaan.





Sumber: @azleesenariochannel/TikTok

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 05:17 PM | Show all posts
LHDN kirim salam..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lhdn say hi
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 11:14 PM | Show all posts
takdenye 3 juta...
juta rupee la kot...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 07:55 AM | Show all posts
moral of the story,,,jangan jadi PENGEMIS lagi!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.292419 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list