CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7037|Reply: 47

[Tempatan] PUAS HATI TAK CHUOLS? Makcik Kemboja & Anak Lelaki Bakal Didakwa Esok, Di Mahkamah Melaka

  [Copy link]
Post time 6-12-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Melaka: Usahawan warga Kemboja dan pempengaruh media sosial, yang mencetuskan kontroversi dengan mendakwa orang Melayu malas menerusi video tular bulan lalu dijangka didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, selain wanita terbabit, anak lelakinya berusia 22 tahun turut akan dituduh.

"Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

"Wanita berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588]," katanya dihubungi di sini.


Beliau berkata, kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Media sebelum ini melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

Dalam siasatan kes itu, polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain wanita itu.

Pada 27 November lalu, usahawan berpangkalan di Johor Bahru itu membuat permohonan maaf dalam sidang media susulan video tular berhubung kenyataannya yang mengaitkan Melayu malas sehingga mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai.

Disiarkan pada: Disember 6, 2023 @ 12:56pm

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-12-2023 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang kita boleh belajar dari pengajaran kes ini?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:46 PM | Show all posts
agak2 apa hukuman yg akan dikenakan bila didakwa?

Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 6-12-2023 02:46 PM
agak2 apa hukuman yg akan dikenakan bila didakwa?

Denda seribu ringgit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2023 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-12-2023 02:50 PM
Denda seribu ringgit

Flip hair je acik kemboja nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:58 PM | Show all posts
camna FESYEN makcik KEMBOJA nih besok ya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 02:58 PM | Show all posts
camna FESYEN makcik KEMBOJA nih besok ya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 6-12-2023 02:50 PM
Denda seribu ringgit

Haha xpe denda seribu ringgit, pejam mata nek kemboja ni leh bayau. Tapi yg penting nek komboja mulut cabol ni tahu 1 Msia menyampah kat dia. Kulit kene tebal nek.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
honam replied at 6-12-2023 02:46 PM
agak2 apa hukuman yg akan dikenakan bila didakwa?

Hantar balik kemboja
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hutang supplier dah bayar ke belum?


Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
aku tak paham
ckp realiti pun kena hadap di.mahkamah?
kibar bendera israel pun kena denda?
apa nak kd negaraku..benda remeh temeh pun diambil peduli
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:10 PM | Show all posts
sekngucing replied at 6-12-2023 07:07 AM
aku tak paham
ckp realiti pun kena hadap di.mahkamah?
kibar bendera israel pun kena denda?

sentap sangat kan? dulu statement Tun M pon sebijik mcm ni...takde pulak rakyat bising.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:16 PM | Show all posts
sekngucing replied at 6-12-2023 03:07 PM
aku tak paham
ckp realiti pun kena hadap di.mahkamah?
kibar bendera israel pun kena denda?

sbb dia ckp bukan mention pada individu tapi keseluruhannya,
same la kalau nk ckp kaum mana yg racis kat malaysia ni tapi bukan semua,
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:16 PM | Show all posts
betul ke si anak tu yg tukang rekod dan jadi pengarah ?


makanya dari segi bertanggungjawab, patut si anak la kan?



Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:17 PM | Show all posts
kain brand ape je dorang ni jual? dah boleh boikot kot. biar laa kemboja je beli ngan dia pas ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:21 PM | Show all posts
setakat denda urmmmmmm je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni elok kasi sebatan saja.... Baru insof nak buat prangai mulut puaka tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:25 PM | Show all posts
serius la makcik kemboja ni baru 47 tahun? aku tengok macam dah 60 tahun je gaya dia.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 6-12-2023 02:43 PM
Apa yang kita boleh belajar dari pengajaran kes ini?

Mulut jangan laser sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 03:36 PM | Show all posts
sekngucing replied at 6-12-2023 03:07 PM
aku tak paham
ckp realiti pun kena hadap di.mahkamah?
kibar bendera israel pun kena denda?

itula. maybe now zaman medsos, so kena la ikut cakap & emosi netizen kekdahnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-2-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.064339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list