CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4709|Reply: 0

[Dunia] Guna AI tentukan umur penonton kandungan lucah di bawah garis panduan baharu UK

[Copy link]
Post time 6-12-2023 01:41 PM | Show all posts |Read mode


Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian. - Gambar hiasan

LONDON: Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian, pada Selasa.

Ini termasuk cadangan untuk menggunakan teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) untuk melihat sama ada penonton sememangnya cukup umur.

Akta Keselamatan Dalam Talian yang baru diluluskan kerajaan memerlukan laman web dan aplikasi kandungan lucah untuk memastikan kanak-kanak tidak dapat menemui pornografi dalam pelayaran mereka.

Umur sah untuk menonton kandungan lucah di Britain ialah 18 tahun atau lebih.

Menurut kajian 2021-2022 Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak untuk England, secara purata kanak-kanak pertama kali melihat pornografi dalam talian pada usia 13 tahun.

Manakala hampir satu perempat menemuinya pada usia 11 tahun dan satu daripada 10 seawal 9 tahun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ofcom, Melanie Dawes, tidak kira pendekatan yang bagaimana, pihaknya mengharapkan semua perkhidmatan menawarkan perlindungan yang teguh kepada kanak-kanak daripada menjumpai kandungan pornografi.

"Juga menjaga hak privasi dan kebebasan untuk orang dewasa mengakses kandungan undang-undang dilindungi," katanya.

Pengawal selia menyifatkan cadangannya mengenai anggaran umur wajah menggunakan AI untuk menganalisis ciri penonton.

Itu mungkin memerlukan mengambil swafoto pada peranti dan memuat naiknya.

Badan pemerhati itu berkata, panduan cadangannya juga termasuk pemadanan pengenalan foto yang memerlukan pengguna memuat naik foto pengenalan diri seperti pasport atau lesen memandu untuk membuktikan umur mereka dan semakan nilai kredit.

Cadangan lain ialah perbankan terbuka, di mana pengguna boleh memberi kebenaran kepada bank mereka berkongsi maklumat dengan laman web lucah dalam talian untuk mengesahkan mereka berusia lebih 18 tahun.

Institut Hal Ehwal Ekonomi, sebuah badan pemikir pasaran bebas, berkata, pengesahan umur mandatori mengancam privasi pengguna dan akan mendedahkan pengguna kepada pelanggaran dan penyalahgunaan dengan meningkatkan jumlah data sensitif yang dipegang oleh pihak ketiga.

Pengawal selia berkata, kaedah yang lebih lemah seperti pengisytiharan sendiri umur, kaedah pembayaran dalam talian yang tidak memerlukan seseorang berumur 18 tahun dan penafian atau amaran tidak lagi memenuhi piawaian dalam panduan baharunya.
Ofcom berkata, ia menjangkakan untuk menerbitkan panduan terakhirnya pada awal 2025. - Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.389220 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list