CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5631|Reply: 0

[Selangor] "Naluri hati saya kuat merasakan Zayn tidak pergi jauh"

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:52 PM | Show all posts |Read mode

PETALING JAYA: "Naluri hati saya kuat merasakan yang Zayn tidak pergi jauh dan masih berada di kawasan sekitar," kata Ismanira Abdul Manaf, 28, mengenai anak lelakinya berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Damansara Damai di sini, sejak semalam.

Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin disedari hilang oleh Ismanira di Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 12.30 tengah hari.

Menurut Ismanira, sebelum kejadian dia mengambil anaknya di Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2 (SKDD2) dan pulang ke rumah.



Katanya, sebaik tiba di kawasan perumahan anak sulung daripada dua beradik itu secara tiba-tiba meragam dan mahu bermain buaian di taman permainan.

"Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah kerana saya perlu memasak serta menyiapkannya untuk dihantar ke rumah pengasuh.

"Ketika menaiki tangga, saya memegang barang basah yang baru dibeli dan beg sekolah sementara Zayn mengekori saya dari belakang.

"Namun selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ismanira kemudian mencari anaknya itu di kawasan sekitar namun gagal ditemui sebelum memberitahu suami dan penduduk setempat yang turut membantu mencari Zayn.

Malah, katanya, usaha pencarian mereka turut mendapat bantuan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta unit anjing pengesan (K9) polis yang melakukan operasi pencarian di sekitar Damansara Damai sehingga malam tadi.

"Saya bimbang keselamatan Zayn kerana dia tidak pernah berseorangan dan hanya boleh menyebut mummy, daddy. Saya harap ada orang baik yang temuinya," katanya.

Ismanira merayu orang ramai membantu mengesan anaknya itu dan berharap Zayn segera ditemui dengan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan kanak-kanak terbabit pada jam 6.36 petang.

Beliau berkata, kali terakhir kanak-kanak itu berada di kawasan perumahan di Apartment Idaman dengan memakai baju-T berkolar dan berlencana sekolah, seluar hitam serta kasut sekolah hitam.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak itu supaya menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau di mana-mana balai polis berhampiran.

https://www.bharian.com.my/berit ... yn-tidak-pergi-jauh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.111541 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list