CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4613|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hilang isteri, kini hilang tempat berteduh

[Copy link]
Post time 6-12-2023 12:21 PM | Show all posts |Read mode

KEHIDUPAN Abdul Rahim semakin sukar selepas hilang tempat berteduh sejak lebih lima bulan lalu. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kehidupan orang kurang upaya (OKU) juga pesakit jantung dan buah pinggang, Abdul Rahim Abdullah semakin sukar selepas kehilangan isteri tersayang dan kini hilang tempat berteduh sejak lebih lima bulan lalu.

Sebelum ini, Abdul Rahim, 55, menyewa bilik di Jalan Utama, Georgetown di Pulau Pinang, namun terpaksa keluar daripada bilik sewa itu selepas gagal membayar sewa lebih empat bulan dan kini mendakwa dia tidur di stesen bas serta hospital.

Menurutnya, dia yang juga OKU fizikal menggunakan kerusi roda kerana tidak boleh berjalan dan mencari rezeki dengan menjual tisu di beberapa lokasi seperti di Komtar.

"Keadaan saya ketika ini memang sukar kerana sudah tiada tempat berteduh dan hanya bergantung dengan jualan tisu yang hanya memperoleh RM40 sehari dan pernah hanya dapat RM10 saja sehari selain bantuan bulanan RM400 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).



"Sebenarnya ia memang tidak mencukupi apatah lagi saya perlu ke hospital di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur dan Hospital Serdang untuk pemeriksaan jantung dan buah pinggang," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Katanya, dia juga sudah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang kanan lima tahun lalu dan mengakui keadaannya yang terbatas menyebabkan dia tidak mampu bekerja selain menjual tisu dengan berkerusi roda.

"Saya memang buntu ketika ini, mana lagi fikir tiada tempat tinggal, kerusi roda juga 'uzur' dan perlu wang untuk datang ke Kuala Lumpur tiga kali sebulan untuk pemeriksaan.

"Saya bersyukur anak tunggal berusia 14 tahun kini dijaga keluarga isteri, kalau tidak saya sedih mengenangkan anak yang akan menjalani kesukaran bersama saya," katanya.

Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Abdul Rahim di talian 011-58888710 atau menyalurkan sumbangan ke akaun BSN bernombor 1455029000061185 atas nama lelaki itu.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ang-tempat-berteduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.063701 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list