View: 4553|Reply: 0
|
Arsenal kekal terajui EPL selepas menang tipis 4-3 ke atas Luton Town
[Copy link]
|
|
Pemain Arsenal, Martin Odegaard cuba menghalang asakan pemain Luton Town, Pelly Ruddock Mpanzu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada awal pagi tadi. (AFP)
LUTON: Arsenal terselamat daripada keciciran mata ketika bertandang ke Kenilworth Road awal pagi selepas berjaya mempamerkan kebangkitan untuk menang tipis 4-3 ke atas pasukan bawahan, Luton Town.
Skuad kendalian Mikel Arteta mula mencetak jaringan pada minit ke 20 menerusi rembatan Gabriel Martineli, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Luton kembali menyamakan kedudukan lima minit kemudian menerusi Gabriel Osho.
Arsenal kemudian kembali di hadapan semula apabila Gabriel Jesus bijak meloloskan dirinya daripada pertahanan Luton untuk menanduk masuk bola hasil hantaran Ben White pada minit ke 45.
Begitupun tuan rumah terus liat untuk dijinakkan apabila hanya memerlukan tempoh empat minit sahaja selepas aksi separuh masa kedua bersambung untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan Elijah Adebayo.
Luton terus mengejutkan Arsenal apabila mereka di hadapan 3-2 pada minit ke 57 selepas Ross Barkley melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Arsenal, David Raya.
Perlawanan terus menjadi semakin rancak dengan Arsenal kembali menyamakan kedudukan menjadi 3-3 menerusi kuisan Kai Havertz yang mendapat umpanan dari Jesus pada minit ke 57.
Arsenal terus melancarkan serangan bertubi-tubi namun segala percubaan mereka gagal menepati sasaran. Sehinggalah berpunca daripada satu hantaran silang daripada kapten pasukan, Martin Odegaard yang menyaksikan Declan Rice melonjak tinggi untuk menanduk bola tersebut ke gawang Luton sekaligus menjadi gol kemenangan Arsenal pada minit ke 96.
Kemenangan ini membolehkan Arsenal terus selesa memimpin liga dengan 36 mata, mengatasi Liverpool di tangga kedua dengan 31 mata serta Manchester City yang mengumpul 30 mata.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... ke-atas-luton-town/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|