CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4172|Reply: 0

[Kedah] Maqis gagalkan cubaan bawa masuk daging babi ke Malaysia

[Copy link]
Post time 6-12-2023 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Maqis gagalkan cubaan bawa masuk daging babi ke Malaysia

oleh ROSHILA MURNI ROSLI
06 Disember 2023  11:27am








Antara daging babi yang dirampas di ICQS Bukit Kayu Hitam.



KUBANG PASU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Negeri Kedah dengan kerjasama Pasukan Gerakan Am (PGA), Bukit Kayu Hitam di laluan penumpang (import) telah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk daging babi ke dalam negara pada Ahad lalu.

Pengarah Maqis Kedah, Hisham Abu Bakar, berkata, penahanan dilakukan kira-kira jam 8 pagi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.



Katanya, pemeriksaan mendapati sebanyak 32 kilogram daging dan sosej babi disorokkan di bahagian belakang kenderaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Kesemua barangan ini dirampas dan ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.



Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

"Penahanan ini bertujuan mengawal kemasukan produk babi bagi mencegah penyebaran wabak African Swine Fever (ASF)," katanya.

Jelasnya, tindakan penguatkuasaaan undang-undang melalui operasi bersama agensi akan terus diperkasakan bagi memastikan tumbuhan, karkas, ikan dan hasilan pertanian bebas daripada ancaman perosak dan penyakit berjangkit serta mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan,” ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:46 AM GMT+8 , Processed in 0.434232 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list