CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6875|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua individu ditahan disyaki keldai akaun

[Copy link]
Post time 5-12-2023 06:25 PM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

BALIK PULAU: Seorang lelaki dan wanita ditahan semalam kerana disyaki menjadi keldai akaun sindiket penipuan hingga menyebabkan mangsa kerugian RM77,000, dalam kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, di Kedah dipercayai menjadi keldai akaun sindiket penipuan telefon (phone scam) melibatkan kerugian RM57,000.

"Berdasarkan laporan polis, mangsa iaitu seorang pekerja kilang berusia berusia 34 tahun menerima panggilan telefon kononnya daripada syarikat kurier dan pegawai polis mendakwa lelaki itu terlibat dengan jenayah kerana terdapat bungkusan atas namanya mengandungi tiga kad pengenalan, tiga pasport serta dua kad bank milik individu lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang bimbang ditahan kemudian membuat membuat sembilan transaksi secara dalam talian berjumlah RM57,000 ke empat penama akaun yang berbeza termasuk wanita yang ditangkap di Kedah itu.



"Suspek kedua iaitu lelaki berusia 29 tahun, ditahan di pekarangan Balai Polis Bukit Mertajam, di sini kerana disyaki menjadi keldai akaun dalam satu lagi kes penipuan telefon," katanya.

Dalam kes kedua itu, katanya mangsa seorang pekerja kilang wanita berusia 48 tahun telah membuat transaksi sebanyak RM20,720 ke akaun bank selepas diperdaya sindiket penipuan kononnya terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dan kongsi gelap.

Menurutnya kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Kamarul Rizal berkata polis menahan 23 lelaki termasuk 11 warga emas yang sedang leka bermain judi dalam khemah di kawasan tanah lapang di Jalan Sungai Ara, di sini semalam.

Menurutnya kesemua mereka yang berusia antara 33 dan 90 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Turut dirampas wang tunai RM26,112 dipercayai hasil kegiatan judi, selain barangan untuk bermain judi antaranya 143 keping cip, tiga biji dadu, tembikar, meja, kerusi dan alat penggera," katanya. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... isyaki-keldai-akaun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

14-4-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.079960 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list