CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6954|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Hujan di Kelantan, Terengganu esok

[Copy link]
Post time 5-12-2023 06:24 PM | Show all posts |Read mode

Abd Ghaffar Daud, 59 bersama keluarga menggunakan rakit untuk menyelamatkan barang selepas kediaman mereka dinaiki air akibat limpahan Sungai Golok di Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang. - Foto BH/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KUALA LUMPUR: Setakat hari ini, hanya daerah Pasir Mas di Kelantan sahaja yang masih mengalami banjir dengan peningkatan kira-kira 29 peratus mangsa dalam tempoh 24 jam.

Ini menjadikan mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 5,907 orang mangsa membabitkan 1,838 keluarga yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berkata, terdapat satu kematian akibat banjir membabitkan seorang kanak- kanak lelaki berlaku di Kota Bharu, Kelantan pada 26 November lalu.

"Bagi tempoh 11 November hingga 5 Disember, secara kumulatif seramai 4,126 keluarga dan 14,409 mangsa sudahpun ditempatkan di PPS.



"Sehingga kini, 11 sekolah rendah dan satu sekolah menengah masih mengalami banjir di seluruh Malaysia.

"Selain itu, sebanyak 12 institusi pendidikan masih dijadikan PPS iaitu di sembilan sekolah rendah dan tiga sekolah menengah di Pasir Mas, Kelantan," katanya.

Katanya, berdasarkan laporan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) semalam, terdapat empat jalan raya masih ditutup di kawasan yang dilanda banjir iaitu di Jalan Panglina Bayu - Rantau Panjang - Jeram Perdah; Jalan Pengkalan Rakit - Batu Karang; Jalan SK Gual Tok Deh; dan Jalan Tok Deh - Gual Periok.

Katanya, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) semalam mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang melibatkan beberapa daerah di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang mulai esok hingga Jumaat ini.


https://www.bharian.com.my/berit ... tan-terengganu-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 190225 Replies : 6961
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 111759 Replies : 4867
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 24747 Replies : 112
Fasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wanita Kuat
RalineFasha Sandha Puji Nur Fazura Seorang Wan
Views : 29710 Replies : 85
Faridah Daud ada di Perak, Polis dah jumpa wanita dakwa bakal kahwini Tengku Hassanal
RalineFaridah Daud ada di Perak, Polis dah jum
Views : 38397 Replies : 93
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18385 Replies : 13
RUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
VellfireRUMAH BORAK BORNEO~ARAM BERANDAU
Views : 67003 Replies : 475
Jurassic World: Rebirth (2025)
pisanggorengJurassic World: Rebirth (2025)
Views : 11108 Replies : 2
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 34085 Replies : 788
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 21384 Replies : 139

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.050380 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list