CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8178|Reply: 0

Matic dakwa Sancho dan Pogba pemalas

[Copy link]
Post time 5-12-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode

SEHINGGA kini Jadon Sancho (kiri) masih enggan meminta maaf kepada Erik ten Hag.




MANCHESTER: Bekas pemain tengah Manchester United, Nemanja Matic mendedahkan Jadon Sancho dan Paul Pogba pernah menimbulkan kemarahan rakan sepasukan dalam kem Red Devils kerana kerap lewat ke sesi latihan.

Pogba kembali ke Old Trafford dengan bayaran rekod dunia tertinggi ketika itu sebanyak 89 juta pound (RM 525 juta) pada 2016, tetapi tidak pernah menunjukkan prestasi seperti di Juventus sebelum berpindah ke kelab Serie A sebagai ejen bebas tahun lalu.

Sementara itu, Sancho telah dibekukan di Old Trafford berikutan pertelingkahan dengan pengurus kelab itu, Erik ten Hag pada awal musim ini dan akan meninggalkan United pada Januari atau pada penghujung musim ini.

Matic yang berusia 35 tahun itu menyertai Red Devils dari Chelsea pada 2017 menyerlahkan perbezaan antara standard latihan di kedua-dua buah kelab.

“Di Chelsea, pemain bertindak secara profesional, mereka menepati masa dan tidak pernah lewat untuk latihan tetapi di United perkara itu berlaku hampir setiap hari.

“Antara pemain yang sentiasa lewat ialah Paul Pogba dan Jadon Sancho serta beberapa pemain lain.’katanya bercakap kepada saluran YouTube YU Planet.

Sancho telah dibuang dari senarai utama selepas bertengkar dengan bekas pemain Belanda itu apabila mencabar secara terbuka memberi alasan bahawa pengurus itu membuangnya daripada skuad untuk perlawanan menentang Arsenal pada September lalu.

Pemain antarabangsa England itu enggan meminta maaf kepada kepada Hag dan sejak itu masih tidak berada dalam senarai utama di Old Trafford selepas menyertai Borussia Dortmund dengan bayaran £73 juta lebih setahun lalu.

Matic, yang berlepas ke Roma pada 2022, menjelaskan secara terperinci mengenai jawatankuasa disiplin pada ketika itu mereka mengumpul wang daripada mereka yang lewat ke latihan.

‘Kami yang sentiasa menepati masa berasa marah dan memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa disiplin dalaman dengan saya berkhidmat sebagai presidennya.

“Saya meletakkan sehelai kertas di dinding di mana saya mendokumentasikan nama individu yang tiba lewat. Dalam satu musim tertentu kami mengumpul kira-kira £75,000 dalam bentuk denda,” katnya.
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... -dan-pogba-pemalas/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.463510 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list