CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9344|Reply: 0

[Pulau Pinang] 11 warga emas antara 23 individu ditahan judi haram

[Copy link]
Post time 5-12-2023 04:10 PM | Show all posts |Read mode
11 warga emas antara 23 individu ditahan judi haram

oleh SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
  05 Disember 2023   03:30pm








23 lelaki termasuk 11 warga emas ditahan kerana terlibat dalam kegiatan judi haram di Bayan Lepas pada Isnin.



BAYAN LEPAS - 11 warga emas antara 23 orang ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya kerana terlibat dalam kegiatan judi luar bangunan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua tangkapan berusia antara 33 hingga 90 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah khemah di kawasan lapang Jalan Sungai Ara, Bayan Lepas pada Isnin.



Menurutnya, siasatan awal dan maklumat risikan, aktiviti judi haram itu baru sahaja beroperasi kira-kira empat hari lalu.

"Dalam serbuan itu, kita merampas beberapa barangan termasuk tembikar kecil, 143 keping cip, alat penggera masa dan wang tunai RM26,112.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam kes lain, seorang lelaki dan seorang wanita ditahan dalam dua kes berasingan pada Isnin kerana disyaki menjadi keldai akaun dalam sindiket 'phone scam' melibatkan kerugian RM77,720.

Kamarul berkata, dalam kes pertama, seorang wanita berusia 30 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya di pekarangan Ibupejabat Polis Daerah Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

"Wanita itu disyaki menjadi ‘keldai akaun’ dalam sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pihak syarikat kurier serta pegawai polis untuk memperdaya mangsa di Bayan Lepas.


"Berdasarkan laporan, mangsa telah menerima panggilan telefon mengatakan daripada pihak syrikat kurier yang telah menerima barang atas nama mangsa yang mengandungi tiga kad pengenalan, tiga pasport dan dua kad bank milik individu lain.

"Panggilan juga telah disambungkan kononnya kepada pihak polis," katanya.



Tambahnya, mangsa merupakan seorang lelaki berusia 34 tahun dan bekerja di sebuah kilang telah membuat sembilan transaksi secara dalam talian ke enam penama akaun yang berbeza berjumlah RM57,000 bagi tujuan proses siasatan seperti yang diarahkan.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun dalam sindiket 'phone scam' dengan menyamar sebagai pekerja Pos Laju dan pegawai polis.

Kamarul berkata, suspek telah memperdaya mangsa di Bayan Lepas.

"Suspek telah menghubungi mangsa dan memperkenalkan diri sebagai pekerja Pos Laju. Dia kemudiannya memaklumkan kononnya mangsa mempunyai barang yang ditahan di Pejabat Pos kerana mengandungi kad pengenalan dan kad bank.

"Talian kemudiannya disambungkan kepada 'pihak polis'. Mangsa turut diberitahu bahawa kad pengenalan miliknya didapati terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram serta kongsi gelap.

"Suspek seterusnya telah menawarkan bantuan untuk menyelesaikan kes dan membersihkan nama mangsa," katanya.

Kata Kamarul lagi, mangsa merupakan seorang wanita berusia 48 tahun dan bekerja di sebuah kilang.

"Mangsa telah membuat beberapa transaksi secara dalam talian ke akaun yang berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM20,720.

"Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 10:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050472 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list