CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7420|Reply: 0

Ranking Sivsangari naik lagi, kini menghuni no. 15 dunia

[Copy link]
Post time 5-12-2023 03:01 PM | Show all posts |Read mode

S. SIVASANGARI merangkul pingat emas skuasy perseorangan wanita selepas mengalahkan Chan Sin Yuk dari Hong Kong.



PETALING JAYA: Pemain skuasy wanita negara, S. Sivasangari berjaya menamatkan tahun 2023 dengan gilang gemilang setelah  menduduki tangga ke-15 dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan Persatuan Skuasy Profesional (PSA), hari ini.

Sivasangari sebelum ini berada dalam kedudukan 16 terbaik dunia dan berjaya naik satu anak tangga berdasarkan pencapaian dalam beberapa kejohanan sebelum ini antaranya menjuarai Trofi Tuanku Mukhriz pada Ogos dan seterusnya meraih gelaran kedua di Kejohanan Skuasy Kelab Bola Sepak Hong Kong Terbuka bulan lalu.

Ia peningkatan yang memberangsangkan memandangkan Sangari baru sahaja kembali ke lapangan skuasy secara aktif tahun ini selepas tersisih selama tujuh bulan gara-gara terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Turut sama mengalami peningkatan ranking adalah pemain utama lelaki negara, Ng Eain Yow yang mendaki satu anak tangga ke kedudukan ke 18 dunia.

https://www.utusan.com.my/sukan/ ... nghuni-no-15-dunia/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.445744 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list