View: 7172|Reply: 0
|
Gold Coast tarik diri, Sukan Komanwel 2026 berisiko dibatalkan
[Copy link]
|
|
MELBOURNE: Sukan Komanwel 2026 berisiko untuk dibatalkan buat pertama kalinya sejak perang dunia kedua selepas Gold Coast mengumumkan untuk menarik diri daripada menjadi penganjur temasya sukan itu.
Keputusan ini diumumkan Datuk Bandar Gold Coast, Tom Tate selepas gagal untuk mendapatkan sokongan dan dana diperlukan daripada kerajaan persekutuan Australia.
“Kami telah berusaha sebaik mungkin, dan semua pihak menaruh harapan yang amat tinggi.
“Ini sesuatu yang amat menyedihkan dan dalam masa yang sama, reputasi negara kita sebagai penganjur sukan antarabangsa telah pun tercemar,” jelas Tate.
Gold Coast pada asalnya menggantikan Victoria yang terlebih dahulu menarik diri menjadi penganjur temasya itu kerana turut melahirkan kerisauan mengenai kos penganjuran yang disifatkan tidak akan membawa pulangan yang setimpal.
Ketua Eksekutif Sukan Komanwel Australia, Craig Phillips berkata bahawa pihak penganjur kini perlu mempertimbangkan secara serius bidaan dari negara-negara lain yang berminat.
Pengunduran Victoria menyaksikan edisi Sukan Komanwel tergantung tanpa sebarang penganjur, sekaligus kemungkinan ia mungkin dibatalkan adalah amat tinggi.
Terdahulu pada Ogos tahun lalu, Alberta, Kanada juga telah mengumumkan penarikan diri daripada penganjuran Sukan Komanwel 2030 kerana kos yang terlalu tinggi.
https://www.utusan.com.my/terkin ... erisiko-dibatalkan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|