CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7539|Reply: 1

Shuib Tak Pernah Lambat Datang Konti, Belanja Sarapan Setiap Hari- Suraya Borhan

[Copy link]
Post time 5-12-2023 02:20 PM | Show all posts |Read mode
Suraya Borhan, 40, terkesan dengan pengunduran Shuib sebagai penyampai radio Suria FM.


Katanya keserasian antara mereka termasuk seorang lagi penyampai iaitu Ajak mudah dibentuk sejak mula bersiaran pada Ogos tahun lalu.




Foto: IG




"eluang bekerja dengan orang hebat bukan semua orang dapat tetapi saya merasai perkara itu. Shuib sangat membantu dalam pasukan kami


"Kami tidak pernah ada latihan bersama, senang bentuk keserasian sebab masing-masing tahu tugas mereka," katanya menerusi sebuah video ketika membuat ucapan perpisahan buat Shuib dan dilihat tidak dapat menahan air mata.


Dalam pada itu, Suraya mendedahkan Shuib seorang yang tidak lokek berkongsi rezeki selain komited terhadap tugasnya di Suria FM.


Malah kata Suraya, sepanjang setahun berkhidmat, Shuib tidak pernah lambat sampai ke konti dan sering belanja mereka bersarapan.


Foto: IG







"Dia tak pernah lambat datang konti.


"Terima kasih Shuib sebab selalu berkongsi rezeki dengan kami. Dia bayar sarapan kami setiap hari," ujarnya.


Sementara itu, Suraya juga mendedahkan nama Prof Soneb yang merupakan salah satu watak dalam segmen mereka adalah ilham daripada anaknya yang sukar menyebut nama Shuib.


"Inilah budak (anak) yang menjadi punca nama Prof Soneb. Puas ajar sebut Uncle Shuib tapi bunyinya tetap Soneb. Lepas itu segmen Prof Soneb dah jadi kegemaran ramai pula," ceritanya.


Untuk rekod, Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM pada 29 Ogos 2023 dan kontraknya berakhir selepas satu tahun tiga bulan di stesen berkenaan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 12:03 PM | Show all posts
Edited by KamikuP at 6-12-2023 04:04 AM

Untuk rekod, Shuib memulakan tugas sebagai penyampai radio Suria FM pada 29 Ogos 2023 dan kontraknya berakhir selepas satu tahun tiga bulan di stesen berkenaan. -CARI

Wartawan mstar SPM mATEMATIK DAPAT f9 KE nonok??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.037534 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list