CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43280|Reply: 338

Suami yg Mendatangkan Masalah Uang Padaku..

   Close [Copy link]
Post time 22-2-2011 12:49 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ParinAmat at 22-2-2011 13:44

Assalamualaikum,

Actually I former yg aktif kat forum ni. Tapi lebih elok kalo I guna nama samaran lain sbb kat forum ni ramai yg kenal I (tak de la bermaksud I ni popular)..I dah kawen. anak sorg. still kecik lagi. kawen dah bertahun2 tapi I mmg sakit ati dan makan ati dgn sikap suami. Rasa macam dah nak meletup dah ni.

Mula2 masa I berkawan dgn dia semua nya ok. Of course la..time bercinta konon2 nya indah. Taik pun jadi wangi kan. So far dia tak de buat hal pun time bercinta or bertunang ni. Family dia pun semua ok. Adik2 dia, abang n kakak2 dia..semuanya nampak perfect la.

I akui gaji I tinggi dari dia..tak de la tinggi mana pun gaji I dengan dia. I just ada diploma dgn gaji RM1650 sebulan dan dia SPM pun tak lepas dengan gaji RM1320 sebulan. But it’s ok. Zaman skrg ramai lagi perempuan gaji lagi tinggi dari suami walaupun tak de la jauh beza mana pun.

Then lepas kawen kami bincang2. I of course ada kereta sendiri and I akan byr kereta I la. I minta dia bayar sewa rumah, barang dapur.I setelkan bil2. Utk 6 bulan pertama lepas kawen everything ok. Nampak perfectand no problem.

Tapi lepas 6 bulan, dia mula slow2 buat hal. 1st,dia bagitau I yg duit gaji dia tak cukup. Dia ada rosakkan barang company yg bernilai rm5k. apa ke benda tah namanya I pun lupa. So dia kena ganti every month 500 utk 10 bulan. As a wife of course I percaya 99% kat dia. So dia bagi alasan kat I dia tak dapat keluarkan belanja dapur. So I terpaksa cut duit yang I nak bagi every month kat parents I untuk cover barang dapur.I pk 10 bulan je pun kan..

Then I ada apply kredit card. Memang I ada pakai la. Tapi biasanya I pakai bila I terdesak je. Then dia selalu merungut yang dia tak ada duit nak isi minyak gara2 gaji kena potong. So dia minta I pinjam kredit kad I. dia janji akan guna RM100 je sebulan untuk isi myk. Actually dia pun pakai kereta gak. Cuma dia pakai keter 2nd hand la. Bulan2 pun RM300 je. So dia akan ganti duit isi myk tu tiap2 bulan dia bayar.

3 bulan pertama ok. Dia tepati janji dia. Pakai RM100 je..ada terlebih pun RM120 je la. Tapi pas tu I dapat bil mau kena sakit jantung. Dia pakai betul2 limit kad i. rm3k. perghhhhhh....rasa dah terbakar hati tu.

Then bila I bising, dia lagi bising. I marah dia lagi marah.Bila marah mula la dia cakap bukan2. Setakat ni dia tak de la pukul2 lagi. Cumad ia pernah cakap I yg binatang haram tu, S**L and mcm2 lagi la. Then dia ugut nak tinggal kan i. I plak takut kena cerai.. diamkan je la.

Tak lama kemudian I pregnant, then dapat plak panggilan dari tuan umah.
"puan, saya cuba kol suami puan tapi dia tak angkat2 la..sewa rumahdah 4 bulan tak bayar ni"

waaaaaaaa.tahap dewa pnya tensen saya dgr. Benda yg sama berlaku..kami bergaduh besar dan benda yg sama gak berlaku bila I jadi bodoh bila dia ugut nak ceraikan i.

So nak tak nak I cuba setelkan sewa rumah 2 bulan. kredit kad I, I terpaksa biarkan. Mana cukup gaji i. tolak epf n socso I Cuma dapat RM1400. Bayar kereta I RM400, bil2 mau rm150, belanja dapur RM200, myk kereta I n tol ke opis sebulan dah RM400. Bagi parents I dulu I anta RM200 I dah kena cut ke RM100. Tu belum masuk suami I pau I seminggu kadang2 RM100 la..
sampai kadang2 I terpaksa ponteng kerja coz tak de duit nak isi myk.

Mujur la I ni checkup kat gomen hospital je. Bayangkan I sendiri pergi drive dari mula pregnant sampai sarat utk check up.

Ni belum masuk I cerita everyday husband I balik lewat. Kadang2 kul 10 lebih. Kadang2 kul 12..ada kul 2 or 3 pagi. Katanya pi lepak dgn kwn2. Mula2 I cuba spy dia. Mmg betul dia lepak dgn kwn2. Mmg area rumah je pun dia lepak. Konon2 jadi rukun tetangga la. Mmg area umah I byk pencuri sbb still ada construction la..banyak moto ilang, umah kena pecah.
Pelik kan?? Sibuk dgn rukun tetangga tapi umah tangga tunggang langgang.

Then one day keter dia kena tahan dgn org sbb tak byr 6 bulan.So keter dia pun kena tarik. Dia pujuk2 I utk angkat moto atas nama I guna AEONcredit. Disebabkan I ni bangang sangat and tak nak dia duk pinjam2 keter I, I setuju.Mujur nama I tak blacklist lagi masa tu disebabkan kredit kad tu.

Ari tu I ada spy husband I punya fesbuk. Senang gler I nak detect password dia..perghh..berderet pompuan punya msg. ajak jumpa la, ajak main la. FYI, mmg my husband ni good looking gak la. Tapi so what?? Ingat dia je good looking?? Rupanya ada beberapa kali dia jumpa minah2 yg bangang ni.

Bila I tanya, kami gaduh lagi. Then I hilang sabar, I cakap dah sampai sini je. Ni tgh sarat ni..I dah nekad. Masa tu dia plak cuak. Dia siap nanges2 minta maaf. Dia cakap dia sygkan I lagi. Cuma dia cakap biasa la dia lelaki. Dia tak de niat pun nak siyes dgn minah2 bangang tu. Cuma main2 je. Mmgikutkan dia dgn I tak penah ada masalah. Dia tak ada dingin pun dgn i. dia still romantic. Dia still ungkapkan dia syg i.

Then I lak bagi can kat dia. Tapi I tak percaya dah. 0% langsung tak percaya. So far dia dah stop jumpa minah2 bangang.Tp dia still ada tackle2 awek kt fesbuk la. Kalo tgk fesbuk dia perghhh penuh dgn minah2 seksi, cun.

I dapat surat mahkamah dari bank. Pasal kredit kad i. kena byr RM6800 sbb dah berbulan2 tak byr langsung. Tuan umah plak duk bising2 dgn I pasal sewa umah.

Then masa I nak bersalin, time pecah air ketuban tu, I try to call my husband. Tapi dia tak angkat berjam2 lamanya. I duk menunggu la kat umah. Last2 I amik kunci kereta drive sendiri pegi hospital sampai nurse tanya,"suami pun mana?"I pun jwb. "suami I outstation. Dia on the way balik"

Baby dah keluar baru dia dapat msg i. Alhamdulillah baby I sehat walau pun I terpaksa menahan sakit berjam2 and baby hampir2 lemas sbb air ketuban dah abis.

Itu la serba sedikit cerita i. ikutkan I ni dah tahap ilang sabar. Tapi kenangkan baby, I hari2 doa and solat hajat agar dia berubah. Mmg ladia ada ubah sikit2. Contoh dia tak de la balik umah lepas kul 12 paling lambatpun kul 11 ari2 duk lepak dgn kwn2 dia. Tapi pasal kewangan, I la yg tanggung. bil hospital, baju2 baby, semua I sediakan.

Sekarang ni tiap2 bulan I yg kena setel segalanya sampai I byk kali terpaksa ponteng kerja sbb tak de duit isi myk and nak mkn. Now I utamakan baby I je. My husband plak tiap2 bulan I dpt call dr kwn2 dia sbb dia byk berhutang dgn kwn2..yg geramnya I yg jadi mangsa.

Bila I takde duit ada la dia hulur sikit..rm15 isi myk rm10 mkn rm5 kdg2 ada la rm20 ye la..duit gaji dia kena byr motor and hutang2 apatah. I tak nak amik tau. Bila I mula tawar hati dia mula la kelam kabut. Ugut nak bunuh diri la..pas tu buat citer sedih sampai hati I tinggalkan dia bila dia susah mcm ni.

I just kesian kat baby I je. Nak ngadu dgn parents I dorg dah tua. Dorg sendiri pun kdg2 kol I ngadu sal abg I yg dah tua bangka pun nyusahkan dorg.minta duit ari2 kat parents i. takkan I plak nak ngadu dgn dorg. Dah la dorg susah ati dgn abg I, ni nak tambah susah ati pasal I plak.

So I ada buat beberapa perkara la contoh :-

1) Discuss face to face dgn my husband. Penghujungnya dia kata dia menyesal n menanges pas tu kata dah terlambat sbb dia dah byk hutang. Minta maaf dgn I la. Merayu kat I jangan tinggal kan dia la.

2) Tak jalan I try to discuss dgn family dia. Tapi rupanya belakang2 dorg kutuk I sbb I ni tak pandai jaga suami la..tak pandai nak berhiasla..selekeh la..pas tu dorg marah2 sbb kutuk2 anak dia. Tak percaya anak dia buat mcm tu. Konon2 I saja buat citer. Hellooooooooooo..mcm ne I nak berhias kalo duit I abis kat benda yg bukan tanggungjwb i. lagipun mmg la I akui I dah berisi pas bersalin. Pas tu mak mentua I cakap dia tu main2 je. Bukan betul2 nak curang pun.. WTH kan???

3) I pegi pejabat agama. Ajak dia kaunseling. Tapi mcm yg num 1 la..nyesal2, nanges, minta maaf.

Ikutkan mmg dah terlambat dia nak menyesal. Hutang dia dah keliling pinggang. Dgn kwn2 la..tak tau la kalo dia terlibat dgn along. Minta simpang la.

Skrg ni I just focus kat I dgn anak i. keperluan dia cukup I dah lega. Cuma skrg ni I jadi tensen sbb I dah dpt surat warning dr company 2 kali sbb I kerap amik mc and AL last minit. Dah tu nak wat mcm ne..I nak pegi keje naik apa. Dah la nak kena byr duit org jaga baby lg..

Tensen kan???i kadang2 sampai dah tak de air mata nak nanges. tapi i cuba kuatkan semangat utk baby i. dia segalanya bagi i sekarang. i dah tak de perasaan utk suami i dah. sekarang ni hal dia i tak masuk campur. idup i kini cuma ada i dgn anak i. itu saja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 12:56 PM | Show all posts
Post Last Edit by sarahmirza at 22-2-2011 13:03

I rasa you kena sabar la, tunggu sampai 8-10 tahun baru minta cerai or failkan fasakh... itupun kalau proceed juga akan ada lagi orang yang minta bersabar, redha, pasrah dan segalanya..... alasannya masih ada orang yang lebih menderita dari you... Ini yang I baca dari thread satu lagi tu la, what to do...  isteri ni memang sentiasa kena sabar tau.....sabar ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:00 PM | Show all posts
I rasa kena sabar la, tunggu sampai 8-10 tahun baru failkan fasakh... itupun masih ada lagi yang min ...
sarahmirza Post at 22-2-2011 12:56


yup... mmg isteri yg slalu jadi mangsa n kena bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:00 PM | Show all posts
masalah yg pertama aku nampak money mangement yg salah, sorry nampak sgt perbelanjaan melebihi pendapatan, gaji banyak tu nak pakai keta, tak cukup. Lagi satu sebelum kahwin tak ada saving yg boleh digunakan bg waktu2 kecemasan, nampak suami dan anda kurang matang dan belum bersedia mengemudikan rumah tangga.

Selain dari itu biarlah kakak2 dan abang2 senior kat sini tolong nasihatkan mana-mana yang patut. Benda ni masih boleh diselesaikan dik, kena ada muafakat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:03 PM | Show all posts
Kalau nasihat versi jahat pulak,.

Kalau you rasa tak sanggup hidup dengan dia, minta cerai jek.... kalau dia tak nak ceraikan, failkan fasakh...

Refer section 53 kot Akta Keluarga Islam, antara syarat yang membolehkan fasakh adalah
- suami tak beri nafkah melebih tempoh 3 bulan
- suami secara lazim menyakiti hati isteri
- suami melupuskan harta isteri tanpa kebenaran/keredhaan isteri

bla...3x ayat lebih kurang mcm tu la....

DAN kena tahu juga perbezaan antara cerai talak, cerai taklik, cerai fasakh, lian.....

Opppsssttt, i bukan galakkan penceraian tapi bagi I lelaki ni semakin di beri peluang semakin menyusahkan hidup isteri jek.... tak percaya baca je thread yang berlambak dalam Bod ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:05 PM | Show all posts
masalah yg pertama aku nampak money mangement yg salah, sorry nampak sgt perbelanjaan melebihi penda ...
cmf_blingblings Post at 22-2-2011 13:00


xtau la kak sapa yg salah skrg ni. nak kata i boros, i ni dah cukup berjimat kak. terus trg sampai pakaian dlm dah koyak2 pun i jahit n guna balik. tapi hsband i plak ada je tiap2 bulan dia beli seluar baru, topi baru.

i dah cakap dgn my husband dulu. jual je keter dia tu. pakai 1 keter dah cukup. pegi keje sama2. dia antar i..tp dia tak nak. dia degil.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2011 01:07 PM | Show all posts
Kalau nasihat versi jahat pulak,.

Kalau you rasa tak sanggup hidup dengan dia, minta cerai jek... ...
sarahmirza Post at 22-2-2011 13:03


ikutkan mmg i nak minta cerai. tapi dia ni suka ugut nak bunuh diri. i tak sure just ugut or betul2 sbb iman dia ni tak de la tinggi sgt. dulu masa bercinta i penah gaduh besar dgn dia. bukan sal ni la..pasal lain. i ckp nak putus. dia ugut bunuh diri. masa tu dia dah pegang pisau dah. actually masa tu i cuma main2 je nak tinggal kan dia.

tp kalo i nak cerai mcm ne dgn tanggungan dia?? bole ke i minta???
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:08 PM | Show all posts
Cuba u call agensi kaunseling dan pengurusan kredit (akpk) sama ada depa boleh tolong husband u pasai debt management tak..
Dulu2 i ingatkan akpk ni untuk yang diisytihar bankrupt je, tapi kalo baca website macam boleh

http://www.akpk.org.my/Help/DebtManagement/tabid/91/Default.aspx
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 01:08 PM | Show all posts
kalau saya jadi awak, saya dah tinggalkan lelaku durjana tu...

tepuk dada tanya selera.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:10 PM | Show all posts
Cuba u call agensi kaunseling dan pengurusan kredit (akpk) sama ada depa boleh tolong husband u pasa ...
aaz Post at 22-2-2011 13:08


dia dah pegi pun...baru bulan lepas pegi. tp tak de nampak perubahan pun..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:12 PM | Show all posts
xtau la kak sapa yg salah skrg ni. nak kata i boros, i ni dah cukup berjimat kak. terus trg samp ...
princesskatak Post at 22-2-2011 13:05
hmmm, kan dah kata, elok merangkak dulu baru bangun dan berdiri...ini dah nak terus lari, macam mana tak tersungkur....you all kena duduk berdua selesaikan satu-satu...bayar yg mana yg paling penting dulu..jgn menambahkan perbelanjaan, anak tu dah ada banyak kos tu, orang mengasuh dsb. Stop using cr card. Bayar kat cr card company tu 200.00 sebulan pun dia org accept janji teratur. Guna satu aja keta, may be another one motor tu...Duit sewa rumah bayar sebulan setengah, bulan depan pun sama.

Semua duit suami tiap2 bulan ko ambik, kau campur dgn gaji kau lepas tu tolak hutang, bg dia duit belanja hari2... dari situ baru boleh control
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:15 PM | Show all posts
ikutkan mmg i nak minta cerai. tapi dia ni suka ugut nak bunuh diri. i tak sure just ugut or bet ...
princesskatak Post at 22-2-2011 13:07




Kalau dia bunuh diri? Biarlah.... cakap dia pun dah macam takde iman, suka2 nak bunuh diri.....

Tapikan akan ada yang cakap nanti, alang2 dah terlanjur susah, biarlah susah sama2.... iyalah, pasrah je la dengan suami mcm tu...sikit2 settlekan unnecessary hutang tu dan mulakan hidup baru....

Btw, kalau dah sampai pergi kerja pun tak berduit, rumah sewa tak berbayar, dah dapat warning letter dari company, you balik je la rumah parents you.... nanti sesak2 sampai anak tak cukup makan khasiat, sakit anak lagi, macam mana? Tinggal jauh dari parents ke? Sekarang siapa yang bayar sewa rumah? Kalau you yang menanggung keluarga, in case suami nak tuduh you nusyuz keluar dari rumah pun susah juga.... just remember, sentiasa utamakan kebajikan anak ya...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:17 PM | Show all posts
Reply 10# princesskatak

pergi berdua lah kat appk minta nasihat cara nak urus hutang2.. padangan i, both of u kena review balik ur financial. Agreed with blings, tak yah guna kad kredit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:17 PM | Show all posts
hmmm, kan dah kata, elok merangkak dulu baru bangun dan berdiri...ini dah nak terus lari, macam mana ...
cmf_blingblings Post at 22-2-2011 13:12




Inipun kalau suami dia setuju nak bagi gaji dia semua kat isteri......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:19 PM | Show all posts
hmmm, kan dah kata, elok merangkak dulu baru bangun dan berdiri...ini dah nak terus lari, macam mana ...
cmf_blingblings Post at 22-2-2011 13:12


credit card dah kena close pun.
keter dia mmg dah kena tarik.

mmg gaji dia i pegang skrg ni kak. i bagi dia belanja rm15 ari2. isi myk moto n makan.
tapi masalahnya kak, gaji dia skrg i check kat bank tiap2 bulan tinggal rm800 je. bila i tanya dia ckp dia still hutang dgn company.

total gaji i dgn dia rm2,200...
byr keter i, sewa umah, bill, belanja dapur, belanja dia, belanja i, brg2 baby, motor dia, org jaga baby. total dah rm2,300..

tu yg kdg2i sampai terpaksa ponteng keje...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:19 PM | Show all posts
Post Last Edit by ParinAmat at 22-2-2011 14:36

pincess!!!!!!!!!!! kes u lbh kurng cam kes bespren i la................xreti nk hargai wanita..nak2 lak isteri......... somi uollss hensem yer???? nasib baek somi aiolss x hensen....kalo x haru aiollss meroyan......mak dia x caya????? somi uolss nie cnfm anak manja kn??? besanya kalo anak kesayngn mak nie ape je yg dia wat parents smpi kiamat pn xkn cayer....... TT de bncng gan ayah dia ke??? mngkn ayah dia bole brainwash dia skit...
Ai skit sedih la dgn kes u kena drive sndri g spital tyme skit2 tuh......kalo haku dh x snggp dh nk berdepn dgn dia...
so skrng anak u bpe umo dia ???? skrng somi u masih cam 2 jugak ke??? org kta laki nie dh ade anak dh insap ckit....(mklm la seder dri dh tua):re:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 01:21 PM | Show all posts
credit card dah kena close pun.
keter dia mmg dah kena tarik.

mmg gaji dia i pegang skrg ni  ...
princesskatak Post at 22-2-2011 13:19



Sewa rumah berapa?
Installment kereta berapa?
Installment motor dia berapa?
Nursery berapa?
Belanja dia berapa?

Kalau dia hisap rokok, paksa berhenti... masak kat rumah, bawa bekal ke office..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:23 PM | Show all posts
pincess!!!!!!!!!!! kes u lbh kurng cam kes bespren i la..............banggng pya jantanzz. ...
puteri_impian Post at 22-2-2011 13:19


erk...jgn2 u yg bespren i..huhu..coz i pun ada citer kt bespren i..tp mgkin bukan kot..

sal tu i drive sorg2 pi hosp tu mmg i berdendam dlm hati sampai skrg... tgh sakit i menanges2..
masa nak meneran pun i tertekan sgt2...

suami i mmg org kata hensem.tp tah la..dah jadi mcm ni..sakit ati lak tgk muka dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:24 PM | Show all posts
ini sekadar pandangan k..dr cerita yg akak baca ni TT baiklah rancang semula kehidupan you bersama dgn anak..akak rasa kl you tdk bertindak sekarang you akan terumus ke jurang yg lebih dlm..mmg syg or kesian kat anak tp percayalah perasaan tu tk membantu langsung..you kene sygkn diri you dahulu..you susun kewangan you baik2..selagi you ada kije insyaallah masalah blh selesai pelan2 tp maaf cakaplah you kene buang dulu parasit yg merosakkan hidup you terlebih dahulu..

akak cakap ni berdasarkan pengalamn sundri dgn pengalaman kawan2..suami yg kl tebiat suka berhutang, main pompuan..tak blh duk umah dendiam asik nak hang out je dgn kengkawan..payah mmg payah nak berubah..my fren sorg lg sian..bekorban mati-matian utk suami..suami meremyam ..suami hadiahkn kat dia kanser rahim..laki dia dah celup merata..syg punya pasallah tu..sian anak tkt takde bapak..skrg ni jgn le main2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2011 01:25 PM | Show all posts
Post Last Edit by princesskatak at 22-2-2011 13:27
Sewa rumah berapa?
Installment kereta berapa?
Installment motor dia berapa?
Nursery berapa? ...
sarahmirza Post at 22-2-2011 13:21



sewa umah = rm350
installment keter 1 = rm400
(i tgh nak discuss dgn bank nak kurangkan installment bulan2 tp tambah tahun la)
installment moto dia rm200
nursery 200...
belanja dia i bagi rm15 sehari je..kdg2 i bgn bekalkan dia nasi goreng..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.069730 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list