CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10759|Reply: 82

Bazar malam lengang yang lengang?

[Copy link]
Post time 22-2-2011 12:06 PM | Show all posts |Read mode
Bazar malam lengang

2011/02/22
PENIAGA Bazar Reko Sentral, Kajang mungkin gulung tikar jika terus kerugian.

Krisis antara penganjur, MPKj jejas rezeki peniaga

KAJANG: Lengang dan sunyi sepi. Itulah keadaan di Bazar Malam Reko Sentral, dekat sini, yang sepi daripada kunjungan pelanggan sehingga ramai peniaga mengalami kerugian, termasuk ada terpaksa gulung tikar.
   Tinjauan Sentral mendapati,  hampir 300 lot gerai yang menawarkan pelbagai barangan  kepada pengunjung, tetapi semua hanya menjadi tatapan peniaga berikutan ketiadaan pembeli.

Difahamkan, pada tiga bulan pertama pembukaan bazar itu, Jun hingga Ogos tahun lalu, peniaga  tersenyum  berikutan keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit sehari.

   Bagaimanapun, semua sudah berakhir apabila berlaku krisis dalaman antara pihak penganjur bazar terbabit dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

   Krisis yang  membawa kepada penutupan sementara bazar terbabit sehingga ramai peniaga menanggung kerugian berikutan banyak barangan yang dibeli tidak dapat dijual.

   Peniaga produk kecantikan dan wangian, Nurainnul Othman, 29, berkata pada permulaan pelancaran bazar itu, hasil keuntungan yang diperoleh mampu digunakan bagi membayar sewa tapak dan gaji pekerja, tetapi sejak September tahun lalu, perniagaan di situ merosot setiap hari.
   “Kalau dulu nak dapat RM1,000 tidak perlu tunggu lama...tetapi sekarang nak dapatkan pulangan modal pun susah. Jika masalah ini dibiarkan lebih lama, mungkin semua peniaga akan gulung tikar.

   “Saya berharap pihak terbabit dapat memberi perhatian serius mengenai masalah ini dengan menggiatkan promosi atau menjalankan program hujung minggu yang mampu menarik kunjungan pelanggan, sekali gus membantu meningkatkan jualan di sini,” katanya.

   Pendapat itu disokong peniaga aksesori telefon bimbit, Kushairi Hisham, 25, yang mengakui walaupun ada desas-desus mengatakan konflik antara penganjur bazar dan MPKj sudah berakhir,  penganjur perlu memikirkan cara terbaik menarik pelanggan ke sini.

   “Waktu perniagaan yang bermula jam 10 malam dirasakan tidak sesuai kerana lokasi bazar ini berdekatan dengan banyak kawasan perumahan terutama Bandar Baru Bangi dan Kajang.

   “Golongan yang  berkeluarga pastinya tidak mahu keluar sehingga lewat malam.

   “Kami risau keadaan yang berlaku dan tidak hairanlah apabila ada antara rakan kami sudah lama tidak membuka gerai  kerana tidak sanggup kerugian,” katanya.

   Peniaga pakaian, Malik Abdul, 34, berkata beliau kecewa dengan pihak penganjur kerana keadaan di bazar itu terus hambar.

   “Penganjur berjanji menjalankan  promosi untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke bazar itu, tetapi apa yang ada pada masa ini cuma acara nyanyian karaoke yang dikenakan bayaran RM2” katanya.

   “Yang lain belum nampak apa-apa lagi...jika tiada idea lain, habislah peniaga di sini, mungkin ramai lagi terpaksa gulung tikar,” katanya.






****selalu tengok ramai je orang.........awat kata lengang pulak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 12:20 PM | Show all posts
selalu teringin nak pegi tapi...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:24 PM | Show all posts
dkt sini pasar mlm hampir setiap mlm ada. contohnya di sek 16(dkt maybank tu)
pasar mlm setiap selasa dan sabtu than khamis ptg ada pasar tani jugak.
di sek lain mmg sentiasa ada je pasar mlm. tu yg mungkin penyebab tak dpt sambutan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:31 PM | Show all posts
mmg x bape ada org..lg pon brg2 yg dijual x variety sgt..hah lg satu acara bukak kedai pon lmbt..yg mana ada anak2 payah le sket nk bwk smp ke lewat mlm
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:37 PM | Show all posts
Up Town Kelana Jaya ... yang terletak kat parking area berdepan dengan Kolam Renang KJ tu pun lenggang jugak... Ntah ar... berapa lama bertahan peniaga peniaga yang berniaga kat UT KJ tue
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:39 PM | Show all posts
selalu org yg dtg dgn org yg berniaga memang berbeza...
sy punya pengalaman berniaga di MAEPS.....
memang tahu perasaan peniaga di Kajang tu jugak..;
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2011 12:40 PM | Show all posts
Reply 5# HaMiZiE


   
“Kalau dulu nak dapat RM1,000 tidak perlu tunggu lama...tetapi sekarang nak dapatkan pulangan modal pun susah. Jika masalah ini dibiarkan lebih lama, mungkin semua peniaga akan gulung tikar.




puncanya mungkin semua nak berjimat sebab barang naik pun mungkin jugak
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 12:41 PM | Show all posts
memula memang mcm tu... pembukaan... biasalah ramai org..
bila dh lelama.. x kan tiap2 minggu nak jejak kaki di citu...
kekadang pembeli akan beralih ke tempat yg baru pula...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 12:43 PM | Show all posts
terlalu byk uptown/downtowm market skang ni..dulu ade 2-3 jer..sanggp drive jauh2..skang ni depan umah ade..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:04 PM | Show all posts
adat la kalau meniaga........... ingat rakyat duit bertimbun2 ka nak beli sokmo........
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:04 PM | Show all posts
budaya negatif macam ni memang elok ler tutup ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:10 PM | Show all posts
datang hari biasa memang lah tak ramai org..
kalau hujung minggu rasanya ramai jer org..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:10 PM | Show all posts
bazaar sana sini...kedai pun bercambah sana-sini, pasar malam tetiap malam, habis tu yg nak membelinya orang itu jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:16 PM | Show all posts
takkan la org nak asik gi situ jerk beli barang.... org pegi 2,3 kali dah jemu la... pastu brang lak makin mahal.... mana la org ada duit shoping tiap hari....
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:18 PM | Show all posts
kat sini pasar malam kat seksyen mana tahh ek

sape je la yang tiap2 minggu nak pergi pasar malam, kalau takde mende sangat nak beli. buang duit jah
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:22 PM | Show all posts
rakyat perlu berjimat..brg makin naik..gaji makin surut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2011 01:25 PM | Show all posts
betul tu... skrg bazaar tumbuh mcm cendawan..
sini bukak sana bukak
pas tu sana tutup sii tutup...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:28 PM | Show all posts
kat bangi ni saturated laa...kalau bisness camni...dulu pernah bukak di sebelah kompleks pkns...lenggang giler....barang harga seringgit org lalu tgk ajer...kat reko ni nampak meriah sikit tapi naper diorang komplen lenggang? kat kajang bangi ni mmg ada masalah sikit kalau nak bukak pasar malam atau bazar larut malam..faktor penduduk diambil kira...tapi kalau letak jauh jauh sangat siapa pulak nak pergi...dulu ada pasar malam kat area kajang ni dipindahkan sebab penduduk komplen..sedangkan bisness bagus...

apa yang aku perhatikan kawasan ni adalah kawasan komersial dan jauh sedikit dari kawasan perumahan mungkin faktor yang disebut tadi(bukan seperti dikatakan dalam laporan tersebut)...diorang nak pindah ke mana lagi? di stadium kajang pun bazar tak ramai org...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:30 PM | Show all posts
apakata peniaga tu tak ambil untung lipat kali ganda???
kasi murah2 sikit
kalau byk peniaga jual murah2 mesti ramai org datang.. dari mulut ke mulut
pot pet pot pet berita tentang kemurahan barangan akan merebak dengan cepat

baru lah ramai org nak pegi
ni apam balik pon rm3 seketol 2, 3 tahun dulu rm1.80 huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2011 01:30 PM | Show all posts
kat bangi ni saturated laa...kalau bisness camni...dulu pernah bukak di sebelah kompleks pkns...leng ...
abgboroi Post at 22-2-2011 13:28



    pindah bandar baru bangi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.067327 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list