CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5564|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM beri kaunseling kepada 14 pelajar OKU mangsa cabul

[Copy link]
Post time 4-12-2023 06:17 PM | Show all posts |Read mode
KPM beri kaunseling kepada 14 pelajar OKU mangsa cabul

04 Disember 2023 05:36pm







Lim Hui Ying



GEORGE TOWN - Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kaunseling kepada 14 pelajar lelaki golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di Kepala Batas, Seberang Perai, yang menjadi mangsa cabul baru-baru ini.


Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, sesi kaunseling yang turut dijalankan oleh pihak luar terhadap mangsa yang merupakan pelajar berkeperluan khas itu amat penting.


"Selain kaunselor di sekolah menengah pendidikan khas itu, kami di KPM turut menyediakan kaunselor luar bagi memberikan bimbingan kepada mangsa terlibat.


"Mangsa masih di asrama dan sekarang ini mereka diberi perhatian yang rapi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis anugerah kecemerlangan pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan St. Xavier di sini pada Isnin.

Hui Ying berkata suspek berumur 13 tahun yang juga OKU itu telah digantung sekolah dan berada di rumah pada masa ini.

"Soal kes berkenaan biar pihak polis yang membuat siasatan, namun kami di KPM pastikan semua mangsa terlibat dijaga dengan baik," katanya.

Pada Sabtu lepas, polis menahan seorang pelajar tingkatan satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu selepas polis menerima laporan daripada pengetua sekolah terbabit, dan kesemua mangsa berusia 13 dan 14 tahun mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

Sementara itu, Hui Ying berkata, KPM telah mengarahkan beberapa penambahbaikan dalam garis panduan di semua sekolah dan asrama antaranya rondaan lebih kerap oleh warden bagi memastikan kejadian seumpama itu tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Beliau berkata, sekolah terbabit juga diarahkan untuk menyediakan laporan lengkap berhubung kejadian itu untuk diserahkan kepada kementerian dalam masa terdekat. - Bernama
sumber


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

21-4-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.070761 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list