CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8237|Reply: 0

[Kedah] Kebakaran 3 gudang: Letupan bunga api mungkin daripada bateri terpakai

[Copy link]
Post time 4-12-2023 03:38 PM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA bomba masih memadam kebakaran membabitkan kawasan gudang yang terbakar di Bukit Selambau. FOTO Ihsan JBPM

Sungai Petani: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah tidak menolak letupan bunga api ketika tiga gudang terbakar di Bukit Selambau malam tadi berpunca daripada bateri terpakai.

Pengarah JBPM Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Awang Hidzel Awang Bujang berkata, pasukan Unit Siasatan Forensik JBPM Kedah sedang melakukan siasatan menyeluruh di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, ketika pemantauan dilakukan oleh pihaknya di lokasi kejadian hari ini menemukan kelongsong bateri bertaburan.

"Kebakaran kilang barangan terpakai ini membabitkan banyak jenis barangan termasuklah bateri-bateri kecil malah kita tidak menolak kemungkinan letupan dan percikan 'bunga api' sewaktu kebakaran malam tadi berpunca daripada bateri.



"Mungkin ada barang lain lagi di dalam tetapi kita belum dapat masuk ke dalam bangunan sebab asap tebal dan sehingga pagi tadi masih berlaku letupan," katanya di lokasi kejadian hari ini.

Awang Hidzel berkata, dalam operasi itu seramai 60 anggota dan pegawai bertugas di lokasi sejak malam tadi.

Beliau berkata, operasi turut membabitkan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, BBP Sungai Petani, BBP Kulim Hi-Tech dan BBP Yan serta 14 Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran.

Terdahulu media melaporkan tiga gudang yang menyimpan barangan terpakai seperti logam, tembaga dan di Bukit Selambau musnah dalam kebakaran malam sehingga mengakibatkan letupan 'bunga api' di lokasi kejadian.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ada-bateri-terpakai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048046 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list