CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11265|Reply: 7

[Tempatan] Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser

  [Copy link]
Post time 4-12-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Ahmad Zahid berkata, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatan seperti dakwaan pihak tertentu.

Ia dikaitkan dengan status kesihatan Ahmad Zahid.
"Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Rancangan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2030 di sini pada Isnin.


Menurutnya, prosedur yang dijalani beliau baru-baru ini adalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

"Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

“Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai dakwaan Raja Petra Raja Kamarudin bahawa Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Ahmad Zahid berkata, beliau kembali sihat dan kembali bekerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.
"Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan," katanya.

Jumaat lalu, Ahmad Zahid kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas tempoh berehat setelah menjalani pembedahan baru-baru ini.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

Pada 19 November lepas, anak sulung beliau Datuk Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram, mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani prosedur pembedahan yang diadakan pada 14 November lalu. - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa la yg pandai pandai buat pitnah dia kena kanser ni,
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 06:01 PM | Show all posts
Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil.

kenapa nak sebut besar atau kecil? apa isunya
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 06:51 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 4-12-2023 06:01 PM
kenapa nak sebut besar atau kecil? apa isunya

prostat membesar ni akan halang saluran kencing. ini boleh sebabkan susah kencing, pedih, sering kencing malam, kencing mcm tak puas. biasa dialami golongan lelaki 40an ke atas, ianya boleh berubah kpd kanser..

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 4-12-2023 06:51 PM
prostat membesar ni akan halang saluran kencing. ini boleh sebabkan susah kencing, pedih, sering k ...

Dalam artikel takde sebut enlarged prostate. Now it makes sense.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 4-12-2023 06:51 PM
prostat membesar ni akan halang saluran kencing. ini boleh sebabkan susah kencing, pedih, sering k ...

Mcm pondan yg kerat semua tuu still ade prostat lg ke tak.. nak je aku belek sisajat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu ajelah bila jadi orang melaka.


Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2023 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 4-12-2023 08:34 PM
Mcm pondan yg kerat semua tuu still ade prostat lg ke tak.. nak je aku belek sisajat

Nah sis buri sila belek

  


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061598 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list