CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13986|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pelancong, pelawat asing perlu isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

[Copy link]
Post time 3-12-2023 11:40 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Pelancong atau pelawat asing yang memasuki negara ini diwajibkan mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC).

MDAC adalah sebahagian daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India bermula tarikh sama.

Menurut Jabatan Imigresen, peraturan baharu berkuat kuasa Jumaat lalu itu bagaimanapun dikecualikan kepada mereka yang transit melalui Singapura, yang berstatus Penduduk Tetap (PR) dan pemegang kad Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS).

"Semua pelancong dan pelawat warga asing, kecuali mereka dalam senarai yang mendapat pengecualian, perlu menyerahkan MDAC sebelum tiba di negara ini," menurut jabatan itu dalam hantaran Facebook.



Pelancong dan pelawat asing boleh mengisi data secara dalam talian seawal tiga hari sebelum ketibaan ke Malaysia menerusi pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main.

Bagi memastikan kelancaran ketibaan warga negara asing, kelonggaran pengisian MDAC diberikan sehingga 7 Disember.

Pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India membabitkan tempoh 1 Disember 2023 hingga 31 Disember 2024, diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.

Ketika ini, negara Teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan menikmati kemudahan pengecualian visa.

Kemudahan sama turut dinikmati lapan negara ASEAN lain yang membenarkan lawatan bagi tujuan sosial, melancong dan perniagaan sehingga 30 hari.

Inisiatif lain di bawah PLV itu antara lain meliputi pemberian kemudahan visa kemasukan berbilang hingga 30 hari kepada semua pelancong yang ingin memasuki negara ini.

Selain itu, pemberian pas lawatan sosial jangka panjang hingga 12 bulan diberikan kepada pelajar antarabangsa yang tamat pengajian di negara ini bagi tujuan menyambung pengajian, melancong dan bekerja secara sambilan.

Pengenalan PLV itu juga bertujuan menjana hasil pendapatan negara, sekali gus memastikan Malaysia kekal sebagai peneraju industri utama pelaburan dan pelancongan di Asia.
https://www.bharian.com.my/berit ... an-digital-malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.369633 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list