CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12794|Reply: 0

[Politik] Keputusan PRK Kemaman dengan kemenangan besar PAS isyarat rakyat?

[Copy link]
Post time 3-12-2023 06:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Chukai: Kemenangan besar PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman memberi 'isyarat' rakyat mula menolak parti lawan.

Bagaimanapun, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar enggan mengulas lanjut perkara itu kerana semua pihak boleh membuat tafsiran mereka berdasarkan keputusan PRK kali ini.

"Kita boleh tafsirkan begitu (tetapi) saya tak nak pergi lebih jauh lagilah tapi semua pihak boleh buat apa jua tafsiran.

"(Saya) tak tolak kemungkinan itu salah satu sebab (dan) mungkin kalau kita buat senarai bermacam-macam perkara yang timbul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas diumumkan sebagai Ahli Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman di sini hari ini.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, kemenangan besar pada PRK kali ini menyuntik sokongan moral dan kepercayaan pengundi di Parlimen Kemaman.

Katanya, walaupun peratusan keluar mengundi tidak mencapai sasaran, pihaknya berpuas hati kerana mendapat majoriti yang lebih tinggi.

"Kita menjangkakan (peratusan) keluar mengundi itu sekitar 72 hingga 74 peratus, jadi walaupun kita tidak mencapai sasaran atas pelbagai sebab tapi Alhamdulliah daripada segi peratus yang diterima oleh parti lebih daripada jangkauan asal kita," katanya.

Ketika ditanya fokusnya selepas memenangi kerusi berkenaan, Ahmad Samsuri berkata, tumpuan kini bukan sahaja tertumpu pada parlimen itu tetapi seluruh Terengganu.

"Insya-Allah, ada perkara yang berkait bukan sahaja dengan Parlimen Kemaman tapi dengan negeri Terengganu sendiri dan bagaimana sedikit sebanyak saya boleh bantu dengan ahli parlimen lain untuk kesejahteraan negara Malaysia, insya-Allah," katanya.

Ahmad Samsuri menang pada PRK Parlimen Kemaman selepas memperoleh 64,998 undi iaitu dengan majoriti 37,220 undi.

Beliau menewaskan calonBN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang hanya memperolehi 27,778


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/12/1036538/keputusan-prk-kemaman-isyarat-rakyat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049724 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list