CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20510|Reply: 36

[Politik] Calon PM: Ahmad Samsuri sedia pikul amanah jika diberi mandat

  [Copy link]
Post time 3-12-2023 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KEMAMAN - Ahli Parlimen Kemaman yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sekali lagi menegaskan tidak pernah sesekali terlintas dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau sedia mempertimbangkannya pada masa akan datang jika diberi amanah oleh parti dan rakyat.

"Sudah banyak kali saya ditanya tentang perkara ini tapi saya nak beritahu, ia bukanlah target untuk mendapatkan jawatan apabila menyertai politik.

"Tapi, jika sampai satu masa, saya sedia mempertimbangkannya jika diberi amanah oleh parti dan rakyat," katanya pada sidang akhbar di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman pada Sabtu.

Ahmad Samsuri disebut-sebut bakal calon Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) apabila dicalonkan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Beliau menang dengan majoriti 37,220 dengan memperoleh 64,998 undi, manakala pesaingnya, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dari Barisan Nasional (BN) mendapat 27,778 undi.

Keputusan itu bermakna Pas berjaya mengekalkan status quo dengan majoriti besar iaitu penambahan lebih 10,000 undi.

Sementara itu, mengulas mengenai majoriti besar yang diperoleh, Ahmad Samsuri tidak menolak kemenangan besar Pas sebagai tanda rakyat menolak keras BN.

Ia susulan tindakan BN yang mengemukakan petisyen sehingga menyebabkan rakyat terpaksa mengundi sebanyak tiga kali dalam tempoh setahun.

"Kita boleh tafsirkan begitu (menolak BN), saya tak nak pergi jauh lagi tapi semua pihak boleh membuat apa jua tafsiran.

"Saya tak tolak kemungkinan, itu salah satu sebab (kerana) bermacam perkara yang timbul.

"Semua pihak perlu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku," katanya.

Menteri Besar Terengganu itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pengundi dan penduduk Kemaman yang terpaksa berdepan dengan suasana pilihan raya dalam tempoh dua minggu ini.

"Terima kasih diatas kemenangan besar ini walaupun peratus keluar mengundi kecil berbanding pilihan raya yang lepas. Target yang kita buat adalah 30,000 majoriti tapi yang diperoleh melebihi sasaran.

"Kita jangkakan peratus keluar mengundi antara 72 hingga 74 peratus (tapi) tak mencapainya kerana pelbagai sebab.

"(Tentang rancangan) Insya-ALLAH, ada beberapa perkara yang bukan sahaja berkait dengan Kemaman, tapi Terengganu sendiri, sedikit sebanyak saya dapat membantu bersama ahli parlimen yang lain untuk kesejahteraan negara," jelasnya.


https://www.sinarharian.com.my/article/637782/berita/politik/calon-pm-ahmad-samsuri-sedia-pikul-amanah-jika-diberi-mandat

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Farnor at 3-12-2023 03:47 AM

Okay ke dia ni? Apapun tahniah ler.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 3-12-2023 03:40 AM
Okay ke dia ni? Apapun tahniah ler.

Hari tuu bnjir kat ganuuu.. dia bercutii.. aku memula tak bemci dia.. la ni nyampahhhj sbb pentaksub aka cacai sembah dan puja diaa.. puihhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 3-12-2023 05:06 AM
Hari tuu bnjir kat ganuuu.. dia bercutii.. aku memula tak bemci dia.. la ni nyampahhhj sbb pentaks ...

Oh ye ke..takpelah..pengundi dia suka dia...Kita terima lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah utk org Terengganu. Cuma selagi hadi awang presidenggggg pas pis pus, idok lah den nk sokong pas. Dulu nik aziz i boleh terima je walau jenis konservatif. Hok ni, tak boleh sbb jenis gila kuase.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab muka macam Manakdey ke sebab tu layak jadi PM.

Melayu Melayu.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2023 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 3-12-2023 07:01 AM
Oh ye ke..takpelah..pengundi dia suka dia...Kita terima lah

Yepp.. aku open jee sape yg dipilih.. cuma boring sbb taksub sgt mcm org politik ni maksum.. ayoyooo..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul walaun majoriti byk itu je bergegar dah bole jadi pm.belah2 ph ramai je lebih berkali ganda majoriti.cth paling dekat yb aku si howard lee.50k lebih beb.sampai pn hilang duit deposit.usahkan pm..  jawatan menteri pun tak dilantik .peghakk pas ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 09:55 AM | Show all posts
Dr Sam jadik PM hanyalah propaganda PN/PAS aje untuk PRK Kemaman & supaya geng PN/PAS tak hilang semangat ... 4 thn lagi kena tunggu ... depa kena cipta issue

Ingat orang macam Wak Yiddin , Hamzah & Jemin nak bagi laluan? Sorry lah

Lah ni dah 120hb Ogos ... kerajaan masih tak jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah...semoga berjaya jd PM11
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Now you have it folks sejak dua menjak ini rakyat asyik tanya kalo kerajaan skg dijatuhkheun,siapa yg paling layak utk memimpin negara? And you all the answer now,...


1)langkah mayat aku dulu - abahcow
2)aku yg pernah jadi mb SELANGOR, ko nak letak kt mana? JEMIN.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 3-12-2023 05:06 AM
Hari tuu bnjir kat ganuuu.. dia bercutii.. aku memula tak bemci dia.. la ni nyampahhhj sbb pentaks ...

Adoii..Itulah jgn ingtkan memula okay...lama2 perangai hauk..tp nak buat mcmna klu ramai sokong dia..hadap jer la and tngok sejauh mana cara dia mentadbir.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 3-12-2023 03:40 AM
Okay ke dia ni? Apapun tahniah ler.

pemurah orangnya kalau dia jd pm, mungkin rumah marhaen 300k boleh beli dgn rega 5k sahaja! perbezaan harga akan ditanggung kerajaan!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Farnor replied at 3-12-2023 10:30 AM
Adoii..Itulah jgn ingtkan memula okay...lama2 perangai hauk..tp nak buat mcmna klu ramai sokong di ...

Harap eloklaaa.. wpun aku nyampah pas pis pus tp hrp eloklaaa.. hrp ade laa pemimpin yg elok
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 3-12-2023 10:38 AM
pemurah orangnya  kalau dia jd pm, mungkin rumah marhaen 300k boleh beli dgn rega 5k sahaja!  ...

Bkn ke rege rumah 300k jd 3k jee.. ko punya rege tuu mahai 2k.. rasuah kee.. hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 11:53 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 3-12-2023 12:15 PM

Ingat beliau nanti bukan saja akan menjadi PM tetapi juga Pemimpin Bangsa Melayu juga .... Jadi pastikan 100% murni berdarah melayu tanpa ada unsur pendatang dari luar tanah melayu ....+ asal usul nenek moyang yang di masa lalu tentu saja haruslah beragama islam (macam Parameswara)... bukan beragama budha atau hindu .. Hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 3-12-2023 09:39 AM
Bodoh betul walaun majoriti byk itu je bergegar dah bole jadi pm.belah2 ph ramai je lebih berkali ga ...

Masalahnya ggih pas nk angkat dr sam sbb akademik bagus. Dlu lg ramai rasanya akademik bagus dlm pas mcm dr dzul, husam musa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 3-12-2023 10:38 AM
pemurah orangnya  kalau dia jd pm, mungkin rumah marhaen 300k boleh beli dgn rega 5k sahaja!  ...

Wakakaka ko biar betul baking harga pun gaji m40...ni marhen brpusu2 nak pergi ke ganu snggup bergadai demi sebidang tnah rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 3-12-2023 12:00 PM
Masalahnya ggih pas nk angkat dr sam sbb akademik bagus. Dlu lg ramai rasanya akademik bagus dlm p ...

Dr Sam ni  pun apa jela dia buat kt ganu  yg super duper dibanggakan sgt tu?skandal tanah tu pun x meyakinkan pun jawapan dia
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 3-12-2023 06:35 PM
Dr Sam ni  pun apa jela dia buat kt ganu  yg super duper dibanggakan sgt tu?skandal tanah tu pun x ...

Itu je lah yg boleh dibanggakan pun. Takkan nak lantik Sanusi as calon PM.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-3-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.223026 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list